Anda di sini

Terjejas banjir, Sierra Leone seru bantuan

Advertisement

Ketika melawat kawasan bencana, Presiden Koroma menuntut perhatian segera antarabangsa

Gambar menunjukkan anggota penyelamat memakai sut lengkap membantu penduduk me-nyeberang sungai selepas banjir lumpur melanda bandar pergunungan Regent dalam imej video kelmarin. — Gambar AFP/Reuters
Gambar menunjukkan anggota penyelamat memakai sut lengkap membantu penduduk me-nyeberang sungai selepas banjir lumpur melanda bandar pergunungan Regent dalam imej video kelmarin. — Gambar AFP/Reuters
 Keadaan di tempat kejadian banjir lumpur di Freetown, kelmarin. — Gambar AFP
KEMUSNAHAN BESAR: Keadaan di tempat kejadian banjir lumpur di Freetown, kelmarin. — Gambar AFP

FREETOWN: Presiden Sierra Leone mengeluarkan rayuan yang terdesak untuk bantuan, sehari selepas banjir melanda ibu negara, membunuh lebih 300 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.

Presiden Ernest Bai Koroma menahan sebak ketika berkata, “Kemusnahan ini ternyata melemahkan kami”, ketika melawat Regent, salah sebuah kawasan paling teruk dilanda banjir.

Seluruh masyarakat telah dimusnahkan

Kami memerlukan bantuan segera sekarang,” kata Koroma kelmarin.

Ketika bandar raya berkenaan mula mengebumikan mangsa yang terkorban, kerajaan asing mula menggerakkan bantuan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia sedang menilai keperluan kemanusiaan di negara itu dan pelan kontingensi sedang dirangka untuk mengurangkan sebarang wabak penyakit bawaan air yang berpotensi seperti kolera, tifoid dan cirit-birit, menurut jurucakap Stephane Dujarric.

Beliau menyatakan Orga-nisasi Migrasi Antarabangsa telah mengeluarkan dana kecemasan AS$150,000 (RM675,000).

Hujan lebat yang mengalir di lereng sebuah bukit di Regent mencetuskan tanah runtuh yang telah menimbus rumah setinggi tiga atau empat tingkat, kebanyakannya dibina secara haram.

Koroma meninjau hospital dan rumah mayat pusat Connaught di Regent, yang sesak dengan mayat.

Kerajaan Sierra Leone, salah sebuah negara paling miskin di dunia, menjanjikan bantuan kepada lebih 3,000 orang yang tidak ada tempat tinggal, dan membuka sebuah pusat tindakan kecemasan di Regent.

Persatuan Palang Merah berkata 600 orang masih hilang.

Pegawai Palang Merah, Nasir Khan, memberitahu AFP bilangan kematian kira-kira 300 pada petang kelmarin, tetapi penilaian berasingan oleh rumah mayat meletakkan angka tersebut sebanyak 400.

Sulaiman Zaino Parker, seorang pegawai bersama majlis bandar raya Freetown, berkata 150 pengebumian berlangsung pada petang kelmarin dan ramai yang akan disemadikan dalam kubur di sisi mangsa bencana kemanusiaan terakhir di negara itu, krisis Ebola, di Waterloo yang berdekatan.

Kami sudah mula menge-bumikan beberapa mayat yang robek dan reput.

Semua mayat akan diberikan pengebumian bermaruah dengan sembahyang Islam dan Kristian,” kata Parker.

Kubur-kubur tersebut akan ditanda secara khusus bagi pengenalan pada masa depan, tambahnya.

Pertubuhan Palang Merah berkata ia sedang berusaha untuk menggali keluarga yang tertimbus jauh di dalam lumpur yang menyelubungi rumah mereka, dan beberapa mayat berjaya dikeluarkan oleh penggali di Regent kelmarin, menurut seorang wartawan AFP di lokasi.

Kita mengejar masa, banjir seterusnya dan risiko penyakit untuk membantu masyarakat yang terjejas ini hidup dan menangani kehilangan mereka,” kata seorang lagi pegawai Palang Merah, Abu Bakarr Tarawallie.

Penduduk Regent memberitahu, batu besar menimbus ramai mangsa dalam rumah mereka, manakala sebahagian bukit runtuh apabila air banjir mengalir di lerengnya.

Seorang penduduk, Abubakar Mansaray, berkata ia memakan masa hanya dua minit sahaja bagi banjir lumpur itu untuk melemaskan keluarga dalam kegelapan.

Banyak bangunan belum siap terletak di puncak bukit, dan pondok yang berselerak semua musnah,” katanya.

Puluhan mangsa selamat yang cedera menerima rawatan, kata Tarawallie dari Pertubuhan Palang Merah, tetapi beberapa penduduk berkata mereka tidak menerima sebarang bantuan setakat pagi kelmarin.

Hujan lebat selama tiga hari mencapai kemuncaknya pada Isnin lepas dengan banjir lumpur di Regent dan banjir besar di tempat lain di bandar raya berkenaan, salah sebuah kawasan bandar paling basah di dunia.

Sistem perparitan di bandar raya itu melimpah dengan cepat, menyebabkan air bertakung di beberapa kawasan dan pada waktu yang sama mewujudkan saluran air berbahaya yang berpusar ke bawah jalan-jalan yang curam.

Jabatan meteorologi Sierra Leone tidak mengeluarkan sebarang amaran sebelum hujan lebat turun, yang dapat membawa kepada evakuasi yang lebih cepat dari zon bencana.

Di hospital tentera di bandar raya itu, pegawai kesihatan masyarakat Wilberforce Mohammed Rogers berkata beliau merawat beberapa kanak-kanak dengan pelbagai kecederaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan. Ramai kehilangan ibu bapa mereka, kata Rogers.

Timbalan menteri kesihatan Madina Rahman berkata, air tercemar bermakna bandar raya itu kini perlu bersiap sedia untuk menghadapi wabak kolera. — AFP

 Anggota pasukan pengebumian menaiki ambulans yang beredar dari Ru-mah Mayat Connaught di Freetown, kelmarin. — Gambar AFP/Reuters
SITUASI GENTING: Anggota pasukan pengebumian menaiki ambulans yang beredar dari Ru-mah Mayat Connaught di Freetown, kelmarin. — Gambar AFP/Reuters
Advertisement