Anda di sini

Pengurus DBKL, enam kontraktor direman lima hari bantu siasatan

Advertisement
  Seorang pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan enam kontraktor ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah serta salah guna kuasa di Shah Alam. — Gambar Bernama
REMAN: Seorang pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan enam kontraktor ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah serta salah guna kuasa di Shah Alam. — Gambar Bernama

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah reman  lima hari ke atas seorang pengurus perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan enam kontraktor bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah serta salah guna kuasa.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan kesemua suspek termasuk dua wanita, yang berumur antara 37 dan 57 tahun disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Shah Alam, antara jam 3 dan 6 petang kelmarin.

Pengurus itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 sehingga tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan dipercayai sebagai balasan mengurangkan pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja-kerja pembersihan yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor terbabit,” kata sumber itu. — Bernama

Advertisement