Anda di sini

Penghuni lari dari CCRC dipenjara lapan bulan, sebat

Advertisement

KUCHING: Seorang penghuni Pusat Pemulihan Cure & Care (CCRC) di Jalan Kuching-Serian dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan dikenakan satu kali sebatan rotan oleh Mahkamah Majistret Kuching pada 8 Ogos lalu atas kesalahan melarikan diri dari pusat tersebut.

Majistret Porthia Tham Oi Leng ketika menjatuhkan hukuman menyatakan, adalah wajar dikenakan hukuman yang berat demi kepentingan awam.

Lelaki berusia 26 tahun itu yang melarikan diri pada 14 Jun, bagaimanapun berjaya ditangkap semula oleh Pegawai Pusat Pemulihan selepas beberapa hari bersama dua rakannya.

Dia yang berasal dari Sandakan, Sabah dihantar ke Pusat Pemulihan CCRC pada Mac lalu bagi menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun kerana penyalahgunaan dadah jenis syabu di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah 1983 Pindaan 1998.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 19(1)(b) Akta yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Awang Ekhsaan Awang Bunsu sementara Pegawai Penyiasat Zulkipli Sawi.

Advertisement