Anda di sini

Rogol, tiga pemuda British dihukum penjara dan sebat

Advertisement
 Gambar fail 7 Ogos menunjukkan Khong beredar dari pekarangan Mahkamah Tinggi Singapura. — Gambar AFP
DIHUKUM: Gambar fail 7 Ogos menunjukkan Khong beredar dari pekarangan Mahkamah Tinggi Singapura. — Gambar AFP

SINGAPURA: Tiga pemuda British semalam dijatuhkan hukuman penjara dan sebat kerana menyerang secara seksual seorang wanita Malaysia semasa parti pengantin lelaki di Singapura.

Khong Tam Thanh, Le Michael dan Vu Thai Son, kesemuanya 20-an, mulanya dituduh merogol namun mengaku bersalah kelmarin atas tuduhan lebih ringan pencabulan kesopanan keterlaluan selepas perbicaraan empat hari.

Hakim Mahkamah Tinggi Hoo Sheau Peng menyelar tindakan mereka yang patut dimalukan dan menjatuhkan hukuman ke atas rakyat British keturunan Vietnam itu hukuman penjara antara lima setengah tahun hingga enam setengah tahun.

Mereka juga dijatuhkan hukuman sebat antara lima dan lapan kali setiap seorang.

Ketiga-tiga mereka berada di Singapura pada September tahun lepas sebagai sebahagian kumpulan sembilan tetamu parti bujang, dan menghadiri festival muzik elektronik Ultra Singapore.

Pengantin lelaki, abang Khong, turut menyertai percutian itu.

Mereka menemui wanita berusia 23 tahun itu di kawasan kelab malam terkenal dan selepas mangsa bersetuju untuk melakukan seks dengan salah seorang rakan mereka, rakyat British juga keturunan Vietnam bernama Richard Ahn, beliau telah membawa mangsa ke bilik hotelnya.

Selepas kedua-dua mereka melakukan seks, Khong, 22, Le dan Vu, kedua-duanya 24 tahun, bergilir-gilir masuk ke dalam bilik dan melakukan seks dengan wanita itu ketika mangsa terbaring mabuk tidak sedarkan diri, menurut mahkamah.

Ketika tertuduh cuba untuk tidak berbuat bising, wanita itu tersedar semasa Le sedang menyerangnya.

Khong dan Vu, yang bekerja sebagai pakar kecantikan di Britain, disabitkan atas tuduhan tambahan untuk serangan seksual dengan menggunakan jari mereka.

Le pula tidak bekerja.

Peguam mereka membacakan surat memohon maaf kepada mangsa.

“(Khong) terburu-buru, dia cuai dan sekarang menyesalinya,” Shashi memberitahu mahkamah.

Dia turut menawarkan mangsa pampasan Sg$5,000 ($3,700) , yang menurut pendakwa raya telah diterima mangsa. — AFP

Advertisement