Anda di sini

‘Lady Gaga Malaysia’ di Miri promosi Lefestour 8.0

Advertisement
 Didie (kiri) dan Rynna (kanan) mengetuai senamrobik di Dataran Kipas Miri.
SENAMROBIK: Didie (kiri) dan Rynna (kanan) mengetuai senamrobik di Dataran Kipas Miri.

MIRI: Pelakon Didie Alias berada di Miri untuk mempromosikan karnival fesyen, kecantikan dan makanan, Lefestour 8.0 yang akan diadakan pada 25 dan 27 Ogos di Stadium Tertutup.

Dikenali Lady Gaga Malaysia, Didie petang kelmarin telah menemui lebih 200 peminat dari Miri dan negara jiran, Brunei Darussalam bersenamrobik beramai-ramai di Dataran Kipas.

Juru tunjuk senamrobik Zin Rynna (nama sebenar Zurainah Manjawi) berkata, kehadiran Didie memeriahkan lagi suasana selain peluang peserta beramah mesra dengan beliau yang pertama kali ke sini.

Rynna memberitahu, aktiviti senamrobik di Dataran Kipas diadakan setiap petang Sabtu dan Ahad bermula jam 5 hingga 6 petang.

“Aktiviti kesihatan ini dikendalikan bawah Pustaka Miri hampir lapan tahun. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan dari penduduk begitu menggalakkan sekali,” jelasnya.

Rynna berpengalaman sebagai juru tunjuk senamrobik selama sembilan tahun dan jurulatih zumba selama empat tahun.

Dalam pada itu, sebanyak 25 gerai juadah dan 99 jenama popular dipromosikan semasa karnival Lefestour yang turut  menawarkan 5000 cenderahati kepada pengunjung dan hadiah menarik cabutan bertuah.

Ia akan dimeriahkan dengan konsert mini, acara kekeluargaan, boxing hour, pertandingan karaoke dan beramah mesra dengan artis.

Didie turut dijadual berada di Bekenu untuk mempromosikan Lefestour.

  • oleh
  • Advertisement