Anda di sini

Tiga direman berhubung kekecohan pada program ‘Nothing To Hide 2.0’

Advertisement

SHAH ALAM: Polis semalam memperoleh perintah mahkamah bagi mereman tiga remaja lelaki untuk membantu siasatan kes kekecohan di program ‘Nothing to Hide 2.0’ di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, di sini kelmarin.

Perintah reman empat hari terhadap ketiga-tiga remaja masing-masing berusia 17, 18 dan 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan polis malam kelmarin kerana disyaki menimbulkan kekecohan pada program itu.

Dalam kejadian jam 5.10 petang kelmarin, program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan suar, kerusi, kasut dan botol air daripada beberapa individu yang hadir pada program berkenaan. — Bernama

Advertisement