Anda di sini

Keganasan berdarah di Virginia

Advertisement
 Anggota polis negeri berkawal di tempat kejadian di mana kereta dipandu Fields Jr (gambar sisipan) merempuh penunjuk perasaan antiperkauman dan dua kenderaan lain yang membantah rali ‘Unite the Right’ di Charlottesville, Virginia kelmarin. — Gambar Reuters
MELAMPAU: Anggota polis negeri berkawal di tempat kejadian di mana kereta dipandu Fields Jr (gambar sisipan) merempuh penunjuk perasaan antiperkauman dan dua kenderaan lain yang membantah rali ‘Unite the Right’ di Charlottesville, Virginia kelmarin. — Gambar Reuters

Enggan tegur pelampau kulit putih, Trump dikecam rakan dan lawan

CHARLOTTESVILLE: Rali ketuanan kulit putih meletus menjadi keganasan berdarah kelmarin setelah sebuah kereta merempuh o r a n g r ama i k e t i k a penunjuk perasaan pro dan antiperkauman bertempur, di mana Presiden Donald Trump dikritik hebat gara-gara tidak memberi sebarang respons.

 FBI dan pendakwa raya persekutuan telah membuka kertas siasatan hak asasi sivil mengenai kejadian yang menyebabkan seorang wanita maut dan 19 lagi cedera di Charlottesville, Virginia.

 Selepas Trump dipersalahkan rakan Republikan kerana enggan mengkr i t ik kumpul a n ketuanan kul i t put ih, Pe g u am Ne g a r a J e f f Sessions membidas bahawa apabila tindakan sedemikian berbangkit daripada bigotri dan kebencian perkauman, ia melanggar nilai-nilai teras dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

 “ K e a d i l a n a k a n ditegakkan,” kata pegawai kanan penguat kuasa undangundang terbabit.

 G a b e n o r V i r g i n i a Terry McAuliffe telah mengumumkan perintah darurat.

 Sebuah kereta merempuh s ekumpul an penunjuk perasaan antiperkauman di bandar universiti indah itu dan beberapa mangsa yang cedera kini tenat.

 James Alex Fields Jr, 20, dari Ohio telah didakwa atas tuduhan pembunuhan kelas kedua, mencederakan dengan niat jahat dan langgar lari.

 Dua pegawai polis yang bertugas memantau rali tersebut juga mati dalam nahas helikopter.

 Kira-kira 16 lagi dirawat atas pelbagai kecederaan berkaitan rali tersebut, manakala tiga suspek ditahan dan didakwa, kata ketua polis Charlottesville Al Thomas.

 Ratusan penunjuk perasaan membanjiri Charlottesville sama ada untuk menyokong atau menentang rali ‘Unite the Right’ sebelum kekacauan segera memuncak walaupun setelah polis antirusuhan dan anggota pengawal persekutuan dikerahkan ke tengah bandar.

 Para penyokong ketuanan kulit putih, ada di antaranya memakai topi dengan slogan Trump ‘Make America Great Again’ dan yang lain dengan peralatan rusuhan bersenjatakan belantan dan perisai, berdepan penunjuk perasaan balas ketika keduadua pihak bertempur, dengan pegawai polis yang dikerahkan antara kedua-dua pihak tidak mampu berbuat apa-apa.

 Polis negeri tiba dengan gas pemedih mata ketika seorang penunjuk perasaan antiperkauman dibelasah dengan kayu dan batang besi dibiarkan berlumuran darah.

 Ramai penyokong ketuanan kulit putih mengibarkan bendera perang Confederate yang dianggap s imbol perkauman di Amerika Syarikat (AS), manakala yang lain melakukan tabik Nazi.

 P e n u n j u k p e r a s a a n antiperkauman mengibarkan bendera pergerakan Black Lives Matter dan melaungkan slogan menolak perkauman.

 Ambulans segera tiba di tempat kejadian pelanggaran kereta yang menurut saksi sebagai disengajakan, di mana seorang gadis cedera parah selepas kereta itu berundur dan melanggar mangsa sekali lagi.

 Keganasan berlaku dekat Univer s i t i Vi rginia di mana pengasasnya Thomas Jefferson membayangkan sebuah negara di mana semua orang adalah sama rata dalam Pengisytiharan Kemerdekaan yang ditulisnya bersama.

 Ibu suspek, Samantha Bloom, memberitahu akhbar Toledo Blade dari Ohio bahawa anaknya berkata minggu lepas bahawa dia merancang untuk menyertai rali ketuanan kulit putih di Virginia, tetapi menegaskan beliau tidak menyedari pendirian pelampau itu.

 “Saya meminta anak saya untuk berhati-hati dan seki ranya mereka mengadakan rali, pastikan dia melakukannya dengan aman,” kata Bloom.

 Trump yang bercakap dari padang golf miliknya di Bedminster, New Jersey kerana mas ih bercut i : “Kami mengecam sekeraskerasnya pertunjukan berani kebencian, bigotri dan keganasan daripada ramai pihak.

” Pr e s i d e n d i k a t a k a n menyamakan keganasan penunjuk perasaan ketuanan kulit putih dengan aktivis ant i fas i s , malah t idak mengecam kumpulan tersebut dan kumpulan nasionalis kulit putih yang menyokongnya dalam pilihan raya tahun lepas.

 Tengah Charlottesville hampir lengang menjelang lewat petang semalam, melainkan kehadiran ramai ang g o t a ke s e l ama t an, tetapi majlis perbandaran membenarkan ketua polis melaksanakan perintah berkurung sekiranya perlu.

 Presiden bukan sahaja dikritik para liberal dan pe n e n t a n g n y a , ma l a h sesetengah anggota ternama Republikan membidasnya.

 Senator Ted Cruz menyeru Jabatan Kehakiman untuk menyiasat dan menghukum insiden tersebut sebagai t i n d a k a n t e r o r i sme domestik.

 Senator Orrin Hatch dari Utah, senator Republikan paling lama berkhidmat dalam sejarah AS, berkata: “Kita harus memanggil kejahatan dengan namanya dan abang saya tidak mengorbankan nyawanya melawan Hitler untuk membiarkan idea Nazi dibiarkan tidak tercabar di tanah airnya.

” — AFP

Advertisement