Anda di sini

Kenya kacau lagi

Advertisement
 Penduduk Kikuyu hanya mampu melihat kemusnahan pondok kediaman mereka angkara penduduk Luo di kawasan setinggan Mathare di Nairobi, semalam. — Gambar AFP
HURU-HARA: Penduduk Kikuyu hanya mampu melihat kemusnahan pondok kediaman mereka angkara penduduk Luo di kawasan setinggan Mathare di Nairobi, semalam. — Gambar AFP

Odinga bantah kemenangan Kenyatta, demonstrasi ganas saksikan tiga maut

NAIROBI: Tiga termasuk seorang kanak-kanak mati ditembak di Kenya dalam prot e s marah p emb a n g k a n g y a n g memuncak lagi semalam selepas kemenangan yang dipertikai hangat Presiden Uhuru Kenyatta dalam pilihan raya.

 Protes dan pertempuran dengan polis meletus di kawasan setinggan Nairobi s e l epa s ma l am penuh kemarahan di kubu kuat pembangkang mengenai pilihan raya yang didakwa calon kalah Raila Odinga sarat dengan penipuan.

 Seorang jurugambar AFP melihat mayat Steve George, 9, yang menurut keluarganya ditembak di belakang ketika melihat protes dari balkoni tingkat lima di Mathare, kawasan setinggan di ibu negara.

 Ekonomi paling kaya di Afrika Timur itu dicengkam huru-hara sedekad selepas pilihan raya 2007 yang dipertikai yang menjurus kepada keganasan etnik dan politik yang menyaksikan 1,100 mati dan 600,000 hilang tempat tinggal.

 Sorotan kini tertumpu kepada Odinga dan reaksinya terhadap kekalahannya yang didakwa akibat penipuan besar-besaran dalam pilihan raya Selasa lalu yang dikecam partinya sebagai satu bencana dan kepalsuan.

 Od i n g a b e l um l a g i menyampaikan kenyataan rasmi selepas keputusan diumumkan tetapi hampir serta-merta protes meletus pada malam Jumaat lalu di kubu kuatnya di daerah barat Kisumu dan kawasan miskin Nairobi, di mana tembakan kedengaran dan kebakaran meletus di jalanan.

 “Seorang maut dan empat lagi dikejarkan ke hospital akibat cedera ditembak,” kata Dr Ojwang Lusi, ketua kesihatan wilayah Kisumu.

 “Abang saya ditembak sedangkan dia hanya berdiri di luar rumah kami ketika orang ramai memprotes,” kata Truphena Achieng di hospital Kisumu.

 Di bandar barat daya Siaya, seorang pegawai polis berkata, seorang lelaki mati ditembak ketika protes tetapi mereka belum dapat mengambil mayatnya disebabkan penentangan penunjuk perasaan.

 Sementara itu, protes memuncak lagi pagi semalam, di mana polis melepaskan gas pemedih mata dan bertempur dengan penunjuk perasaan di kawasan setinggan Mathare dan Kibera di ibu negara, menurut wartawan AFP.

 Di Kisumu, penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama di sekitar bandar tersebut.

 Human Rights Watch (HRW) semalam menggesa polis tidak bertindak keterlaluan menangani protes.

 Odinga, 72, merupakan ahli politik pembangkang veteran yang sudah empat kali cuba merebut kerusi presiden.

 Beliau percaya pilihan raya pada 2007, 2013 dan kini telah dirampas daripadanya.

 Penyokong etnik Luo Odinga dan sekutu mereka dari kumpulan lain percaya mreka telah dinafi kan kuasa politik oleh kelompok elit Kikuyu, etnik Kenyatta, komuniti terbesar negara.

 “Presiden Kenyatta, tidak seperti penggal pertamanya, mesti melibatkan semua pihak dalam kerajaan,” menurut lidah pengarang Daily Nation lantas memberi amaran, mengehadkan kuasa kepada sekutu puaknya memburukkan pengasingan serta mewujudkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan.

 Di sebalik kebimbangan mengenai situasi semasa, suasana penuh ceria di kawasan kubu kuat Kenyatta selepas beliau diumumkan sebagai pemenang dengan 54.27 peratus undi berbanding 44.74 peratus yang diraih Odinga.

 Dalam ucapan rasminya, Kenyatta cuba memujuk O d i n g a d a n p a r a penyokongnya untuk bekerja bersama membina negara.

 “Marilah kita berdamai, kita telah melihat kesan keganasan politik, dan saya pasti tiada seorang pun rakyat Kenya yang ingin kembali kepada situasi tersebut.

” Setakat ini, lapan kematian telah dilaporkan sejak keganasan berkaitan pilihan raya meletus pada Selasa.

 Empat lagi mati dilanggar kenderaan ketika sambutan kemenangan dalam insiden berasingan pada malam kelmarin di seluruh negara, menurut pegawai kanan polis trafi k.

 Pemerhati asing memuji proses pengundian yang aman dan boleh dipercayai, di mana 78 peratus pengundi keluar mengundi, tetapi suasana pantas bertukar tegang apabila Odinga menolak keputusan tersebut hanya beberapa jam selepas pengiraan bermula.

 P a k a t a n u t a m a pembangkang Pakatan Super Nasional (NASA), mendakwa keputusan dimanipulasi oleh serangan penggodaman besar-besaran dan keputusan disembunyikan dalam jentera pelayan IEBC menunjukkan pemenang sebenar adalah Odinga.

 — AFP

Advertisement