Anda di sini

MPS lancar Operasi Mengunci Kenderaan kompaun tertunggak

Advertisement
 James (dua kanan) bersama Jeffery (tiga kiri) selepas pelancaran Operasi Mengunci Kenderaan pada Khamis.
TIADA KOMPROMI: James (dua kanan) bersama Jeffery (tiga kiri) selepas pelancaran Operasi Mengunci Kenderaan pada Khamis.

SANDAKAN: Seramai 64 pemilik kenderaan bakal berdepan kenderaan dikunci sekiranya mereka tidak melangsaikan kompaun kesalahan letak kereta yang tertunggak.

Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jeffrey Aman berkata, ia selepas pihaknya melancarkan operasi mengunci kenderaan terhadap pemilik kenderaan yang didapati mempunyai kompaun kesalahan letak kereta yang belum dibayar.

Katanya, setakat ini seramai 64 pemilik kenderaan direkodkan mempunyai lebih daripada 10 kompaun.

“Daripada jumlah itu, seorang pemilik direkodkan mempunyai 55 kompaun, dan kedua tertinggi sebanyak 53 kompaun.

“Sehubungan itu, MPS menasihatkan agar pemilik kenderaan membuat semakan kompaun kesalahan letak kereta di Kaunter Bayaran Setempat, MPS pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 3.30 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Operasi Mengunci Kenderaan yang disempurnakan oleh Presiden MPS Datuk Ir James Wong.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Letak Kereta di talian 089-275400 (sambungan 712).

Advertisement