Anda di sini

Sembilan penagih ditahan dalam Operasi AADK Tuaran

Advertisement
 Anggota AADK dan JPJ semasa melakukan operasi bersepadu di Tuaran.
BANTERAS DADAH: Anggota AADK dan JPJ semasa melakukan operasi bersepadu di Tuaran.

TUARAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tuaran menahan sembilan individu dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Stesen Penguat Kuasa JPJ Telipok pada Selasa.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata pihaknya memeriksa seramai 34 individu dan sembilan daripada mereka ditahan selepas ujian air kencing adalah positif.

Semasa ujian air kencing dijalankan, dua suspek didapati cuba menukar air kencing dengan individu yang negatif dadah bagi mengelakkan keputusan sebenar diketahui.

Tindakan mereka meminta air kencing terbabit bagaimanapun disedari anggota AADK dan kedua-dua suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya kesemua suspek direman di Pusat Tahanan Reman AADK Papar sehingga sebutan kes di mahkamah dijalankan.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mengeluarkan sebanyak lima saman dan sembilan notis kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan sepanjang operasi dilaksanakan.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah juga mengeluarkan satu saman serta notis peringatan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang sudah dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, operasi yang bermula jam 7.30 sehingga 11 pagi dijayakan 20 anggota penguat kuasa AADK Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu dan enam anggota JPJ serta lima penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Advertisement