Anda di sini

Dua lelaki maut tersepit kereta bertembung pacuan empat roda

Advertisement
 ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
MALANG TIDAK BERBAU: ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

BELURAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kawasan berhampiran simpang Beluran, di sini petang kelmarin.

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Nurul Azlan Jamalludin berkata dua mangsa yang maut telah tersepit di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, dua lagi mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurut Nurul Azlan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 4.28 petang dan mengerahkan tujuh anggota bersama sebuah logistik ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer dari balai bomba.

Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi mengeluarkan mangsa tamat pada jam 5.27 petang.

Advertisement