Anda di sini

Lima penjawat awam di Sabah akan ditahan dalam tempoh terdekat

Advertisement
 Sazali ketika ditemu bual media berkata lima lagi penjawat awam akan diberkas dalam tempoh terdekat berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Kota Kinabalu, semalam.  — Gambar Bernama
JAWAB: Sazali ketika ditemu bual media berkata lima lagi penjawat awam akan diberkas dalam tempoh terdekat berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) di sini mendedahkan akan menahan sekurang-kurangnya lima penjawat awam di Sabah dalam tempoh terdekat berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, individu-individu berkenaan bertugas di sebuah agensi kerajaan di Sabah namun enggan mendedahkan nama agensi berkenaan.

Akan ada tangkapan dalam tempoh terdekat ke atas sebilangan pegawai dari sebuah agensi pada bulan ini.

Tunggu saja masanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini semalam.

Mengulas lanjut, Sazali berkata, bilangan penjawat awam yang akan diberkas berkenaan melebihi lima orang tetapi kurang daripada 10 orang dan tangkapan akan dilakukan selewat-lewatnya selepas 20 Ogos.

Siasatan masih dijalankan. Pagi tadi (semalam) pun, saya dan pegawai saya telah bermesyuarat untuk merancang strategi bagi melaksanakan operasi itu nanti,” katanya.

Beliau juga berkata, satu lagi operasi ke atas sebuah agensi di Sabah akan dilaksanakan padaan September depan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Saya sudah membentangkan cadangan operasi itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan mereka bersetuju operasi itu dilaksanakan,”katanya. — Bernama

Advertisement