Anda di sini

Sukan Sea Kuala Lumpur di Njoi Now secara percuma

Advertisement
__alt__

KINI rakyat Malaysia boleh bersorak untuk para atlet kegemaran mereka pada Sukan SEA ke-29 2017 Kuala Lumpur melalui NJOI Now, sebuah perkhidmatan streaming video baharu yang boleh didapati di telefon bimbit dan secara dalam talian.

NJOI Now menyediakan akses percuma kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hiburan on demand, termasuk box set, siaran langsung sukan dan berita terkini.

NJOI Now direka untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan masa kini dengan menawarkan fleksibiliti penuh untuk para pengguna tanpa sebarang kerumitan.

NJOI Now boleh dinikmati secara percuma oleh seluruh rakyat Malaysia melalui aplikasi NJOI Now yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.

NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, berita terkini di Astro Awani, kandungan pendidikan berkualiti tinggi di Astro Tutor TV, program Islamik yang progresif di Astro Oasis, rancangan variasi popular, drama televisyen dan program-program utama.

Para pengguna juga boleh menonton drama melayu popular seperti Dendam Aurora; program variasi polular, Mat Dan Kaki Jalan, Call Me Handsome musim ke-2; drama Cina, A Love for Seperation, dan travelog Tamil; KL to KaraKaidu di NJOI Now. Kandungan di dalam NJOI Now juga akan diperbaharui setiap bulan.

Azlin Arshad, Ketua Pengawai Operasi, NJOI berkata “Kini aplikasi NJOI Now telah dimuat turun lebih 130k kali dan menawarkan drama TV dan program-program utama daripada saluran Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil untuk seluruh rakyat Malaysia. Mereka juga boleh menikmati siaran langsung sukan di Astro Arena termasuk liputan Sukan S.E.A 2017 dan kandungan premium melalui pilihan pra-bayar akses segera kepada saluran dan tajuk tambahan, termasuk saluran Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, tayangan terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi pada pilihan on demand”.

NJOI Now menawarkan pilihan prabayar bulanan yang diberi nama pass ‘Huan Le’, untuk akses kepada kandugan hiburan Cina terbaik. Huan Leyang membawa maksud ‘kebahagiaan’ dalam bahasa Mandarin, diperkenalkan untuk para peminat hiburan Cina untuk mereka nikmati filem-filem iktirafan anugerah, drama terkini, program variasi popular serta program edutainmentkanak-kanak termasuk tajuk seperti Mr. Unbelievable, Line Walkerdan Chinese Running Man musim ke-4hanya pada harga RM8 setiap bulan.

NJOI Now dilengkapi dengan enjin cadangan pintar yang akan memberi cadangan tentang kandungan yang releven buat pengguna individu. NJOI Now juga mempunyai ciri-ciri muat turun kandungan yang membolehkan pengguna memuat turun kandungan terpilih untuk ditonton tanpa penggunaan talian internet mahupun penggunaan data tambahan.

Bulan Ogos merupakan bulan yang menarik bagi rakyat Malaysia memandangkan Malaysia merupakan tuan rumah bagi upacara Sukan SEA ke-29 (KL2017).

Para peminat sukan pasti teruja apabila mereka dapat menonton KL2017 secara siaran langsung di peranti mudah alih mereka, pada bila-bila masa.

Selaku penyiar rasmi KL2017, Astro akan menyediakan empat saluran tambahan eksklusif secara percuma di aplikasi dalam talian Astro GO dan NJOI Now, menjadikanya lapan saluran percuma yang boleh diakses oleh semua termasuk mereka yang tidak melanggan Astro.

Peminat sukan juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlit negara sepanjang KL2017 dengan melayari laman web Stadium Astro dan Astro Awani.  Selain itu portal-portal lain seperti Astro Gempak, RojakDaily, Astro Ulagam (Tamil) dan Xuan (Cina) turut menawarkan perkembangan dan cerita-cerita menarik sepanjang KL2017.

Liputan pertandingan bermula pada 14 Ogos di Astro Arena manakala majlis perasmian rasmi dan acara langsung lain bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017.

Dapatkan info lebih lanjut di www.astro.com.my.

Advertisement