Anda di sini

Penduduk rayu kerajaan naik taraf jambatan gantung

Advertisement
 Salah seorang penduduk Kampung Napong 1 meniti jambatan gantung yang sudah usang.
USANG: Salah seorang penduduk Kampung Napong 1 meniti jambatan gantung yang sudah usang.

RANAU: Penduduk Kampung Napong 1 di sini, merayu supaya kerajaan menaik taraf jambatan gantung yang sudah usang di kampung itu.

Jambatan gantung sepanjang kira-kira 80 meter itu yang merentangi Sungai Napong belum dinaik taraf sejak 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Samin Sabati memberitahu jambatan itu merupakan laluan utama para penduduk menuju ke kawasan pertanian.

Menurut beliau, selain kerosakan jambatan gantung terdapat juga keperluan menaik taraf jalan raya utama menuju ke kampung berkenaan yang dibina sejak 2014 dan belum dinaik taraf sehingga kini, yang sudah berlubang-lubang akibat hakisan air berikutan sistem perparitan tidak sempurna.

Saya mewakili penduduk Kampung Napong 1 mengetengahkan dua keperluan mendesak ini kerana kedua-duanya merupakan kemudahan asas di kampung kami,” katanya.

Advertisement