Anda di sini

Bangsal padi saji ‘hotpot’ sayuran organik, pergunungan Dayuan kaya sumber ekologi

Advertisement
 Pemandangan indah bandar Yilan dilihat dari gunung Dayuan di ladang Shangrila.
MEMUKAU: Pemandangan indah bandar Yilan dilihat dari gunung Dayuan di ladang Shangrila.
 Aktiviti memetik buah markisa untuk pengunjung di ladang Shangrila.
SEGAR: Aktiviti memetik buah markisa untuk pengunjung di ladang Shangrila.

Ladang riadah pakej terbaharu tarik pelancong Islam ke Taiwan

DARI ladang A Zong, rombongan menuju ke Tea and Rice Resort di bandar Dongshan Yilan untuk makan tengah hari.

 Resort ini merupakan bekas bangsal padi yang telah diubah suai sebagai sebuah restoran menghidangkan ‘hotpot’ atau periuk panas cendawan dan sayuran organik.

 Pengurus, Tammy Chien berkata, resort dimiliki oleh Persatuan Petani-Petani Dongshan yang beroperasi hampir 10 tahun.

 Beliau telah menguruskan resort itu selama tiga tahun dan berjaya mendapat sijil pengesahan halal pada 2014.

 Persatuan dianggotai seramai lebih 100 ahli yang membantu dari segi teknik pengurusan, perbankan dan pemasaran.

 Dongshan juga terkenal dengan sawah padi dan pengeluaran beras yang sedap untuk keperluan pasaran tempatan.

 Bercakap tentang menu yang disediakan, Tammy berkata, sayuran untuk periuk panas adalah segar dan sihat.

 “Air di Yilan adalah bersih.  Sumber air bersih ini menjadikan sayuran kita tumbuh segar dan berkualiti,” jelas Tammy.

 Bahan-bahan perencah dan perisa halal juga diperolehi dari Malaysia, Dubai, Indonesia, Filipina dan Thailand.

 Selain itu, periuk panas yang disediakan juga diasingkan.

 Hotpot berwarna putih untuk pelanggan beragama Islam sementara hotpot berwarna hitam untuk pelanggan bukan Islam.

 Restoran juga menyediakan bilik solat sebagai kemudahan pelanggan beragama Islam menunaikan ibadah solat.

 Program diteruskan dengan aktiviti membuat kek cawan yang merupakan antara aktiviti DIY untuk pelanggan.

 Pelanggan kanak-kanak tidak ketinggalan untuk terlibat dalam aktiviti DIY Five Colour Rice Bowl.

 Tammy juga mengendalikan lawatan sambil belajar di Taiwan kepada golongan pelajar.

 Panorama dari gunung Dayuan Ladang terakhir yang dilawati ladang riadah Shangrila yang terletak 250 meter di atas paras laut di pergunungan Dayuan di Yilan.

 Ladang seluas 17 hektar ini dikelilingi kehijauan dengan pemandangan panorama dan kaya sumber ekologi.

 “Sebelum ini, resort ini adalah hanya ladang buah.

 Ini merupakan ladang riadah pertama yang dimiliki bapa ladang riadah di Taiwan,” jelas Calem.

 Beliau ialah Chang Qing Lai yang juga merupakan Pengasas TLFDA.

 Tempoh 20 tahun diperlukan untuk menukar ladang buah kepada resort pelancongan utama di Yilan.

 Di sini, pengunjung boleh menemui spesies katak primitif iaitu katak hijau Moltrechtis, katak Latouche dan katak Swinhoe.

 Terdapat juga rama-rama dari spesies Papilioninae yang tertarik kepada pokok buah sitrus yang ada di ladang.

 Terdapat juga kelipkelip yang mencantikkan pemandangan kawasan pergunungan pada waktu malam khasnya ketika bulan bersinar terang.

 Bermula jam 8 malam, persembahan dan pemainan diadakan di ruang kebudayaan yang terdapat di hadapan lobi hotel melibatkan penyertaan pengunjung dan kanak-kanak.

 Antara aktiviti lain ialah permainan gasing, teater boneka, permainan mengangkat botol menggunakan joran, menerbangkan tanglung hajat dan membuat bebola beras pulut.

 Ketika di sini, pengunjung boleh mempelajari kehidupan di ladang sambil beriadah dan bergembira bersama keluarga dan rakan.

 Selain pemandangan cantik, ladang turut menawarkan penginapan dan restoran yang menyajikan bufet dan set menu yang pelbagai termasuk hidangan halal.

 Pengunjung juga boleh menikmati air kopi di kafe terbuka.

 Pakej sehari dan dua hari di resort ini termasuk terlibat dalam aktiviti memetik buah, membuat objek daripada straw, mencetak baju T dengan pewarna celup asli.

 Untuk maklumat lanjut tentang TLFDA boleh melayari laman sesawang www.taiwanfarm.org.

tw atau e-mel skliew69@yahoo untuk maklumat lanjut Let Fun Management Sdn Bhd.

 Komentar “Percutian bercirikan ‘Farm stay’ merupakan salah satu alternatif percutian yang sesuai bagi seisi keluarga yang mencari sesuatu kelainan semasa bercuti.

 Pengalaman memetik buah di ladang dan aktiviti DIY yang menarik perhatian pengunjung sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

” Pengarah Miri Borneo Travel Agencies Sdn Bhd, Fatemah Abdul Sallam “Lawatan ini merupakan pengalaman yang baik untuk kita sebagai ejen pelancongan terhadap apa yang akan kita jangkakan ketika kita melawat ladang-ladang ini, khasnya makanan.

 Ini kerana, ketika kita berada di negara asing seperti Taiwan, jaminan terhadap makanan halal amat penting.

 Daripada lawatan teknikal ini, kerajaan Taiwan begitu serius terhadap keperluan pelancong beragama Islam dengan pengesahan sijil halal bukan sahaja makanan tetapi juga penginapan yang mesra muslim.

” Pengarah Urusan Intercontinental Travel Centre Sdn Bhd, Dyg Azizah Abg Zaidan “Industri pertanian Taiwan mengukir pelancongan yang menarik dengan membuka pintunya sebagai ‘ladang rekreasi’ kepada orang ramai dalam mengubah perniagaan teras mereka.

 Terdapat lebih daripada 200 ladang riadah moden di seluruh Taiwan yang menyediakan aktiviti, makanan dan penginapan yang menarik untuk para tetamu tempatan dan asing mempamerkan kualiti kehidupan mereka yang tinggi.

 “Layanan mesra rakyat Taiwan adalah jelas daripada usaha mereka untuk menarik pelancong Islam dengan mematuhi piawaian halal.

 Terdapat ladang riadah yang disahkan halal di seluruh Taiwan, masing-masing memberi perhatian yang sangat dalam untuk memenuhi keperluan diet khas dan gaya hidup Islam.

 Terasa dialu-alukan ketika melihat bilik hotel yang memaparkan arah kiblat selain melihat bilik mandi dilengkapi dengan bidet.

 “Aktiviti di ladang riadah yang juga mesra pelancong Islam seperti kraf tangan, lawatan ke tempat yang mempunyai pandangan indah di pergunungan, penanaman beras tradisional dan memetik buah-buahan iaitu yang terbaik di Asia Timur.

” Pengarah Urusan Queensway Travel Sdn Bhd, Emir Roseley “Lawatan ladang selama lima hari di Taiwan merupakan pengalaman dan kaedah pembelajaran yang baik.

 Tinggalkan semua gaya hidup sibuk kita di belakang dan larikan diri ke pengalaman ladang di kawasan luar bandar Taiwan, di mana pelancongan pertanian ladang adalah tulang belakang untuk budaya Taiwan dan tidak ada cara yang lebih baik untuk menikmatinya daripada dengan mengambil pengalaman ladang.

 “Antara pengalaman yang tidak dapat dielakkan ialah melawat ladang dan melihat bagaimana mereka mengusahakan buahbuahan, sayur-sayuran dan mengkomersialkan perusahaan mereka kepada masyarakat.

 “Kita juga berpeluang singgah di pasar membeli buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

 Terlibat dalam aktiviti DIY untuk pemahaman yang lebih baik di setiap ladang.

 “Selain itu kita juga merasai sendiri produk semula jadi seperti jem yang enak dan agaragar yang dibuat segar.

 “Lawatan di ladang juga menambah pemahaman kita tentang tumbuhan dan alam sekitar.

 Ini lawatan sambil belajar yang baik untuk pelajar yang harus dicadangkan.

 Peluang mempelajari sistem pelancongan berasaskan pertanian dan berharap dapat berkongsi pengalaman ini dan diperkenalkan di Sarawak.”

Pengarah Urusan Ecogreen Holidays Sdn Bhd, Melissa Bulan Liau

  • oleh
  • Advertisement