Anda di sini

Mati dipercayai dibunuh

Advertisement
 Suspek diberkas polis ketika sedang bersembunyi di rumah jiran sebelah sebaik kejadian.
CUBA MENYOROK: Suspek diberkas polis ketika sedang bersembunyi di rumah jiran sebelah sebaik kejadian.

MIRI: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badan dipercayai dibunuh dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di kawasan perumahan Grace Hill Serene Luak di sini, malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Geoffrey Gau, 42, dan berasal dari Long San, Ulu Baram.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, sekitar jam 8.55 malam, 3 Ogos lalu, seorang anggota yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu ada seorang lelaki ditemui mati di rumahnya.

Pengadu mendakwa mangsa yang mati merupakan bapa saudara kepada suaminya.

 Selaras senapang patah yang dirampas daripada suspek semasa dia ditangkap malam kelmarin.
BAHAN BUKTI: Selaras senapang patah yang dirampas daripada suspek semasa dia ditangkap malam kelmarin.

Bertindak atas maklumat diterima, kata Stanley, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah jenis berkembar dua tingkat di kawasan perumahan tersebut.

“Semasa dijumpai terdapat beberapa kesan tetakan dipercayai menggunakan benda tajam di bahagian leher, kepala, bahu, tangan dan kaki mangsa.

“Sekitar jam 10.20 malam hari sama, polis telah menangkap seorang lelaki yang sedang bersembunyi di rumah jiran sebelah kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh tersebut,” jelasnya.

Semasa tangkapan dibuat, katanya, polis turut merampas selaras senapang patah buatan sendiri berisi sebutir peluru hidup, sebutir peluru di atas lantai, sebuah beg pinggang mengandungi sembilan butir peluru hidup dan lapan kelongsong peluru serta sebutir lagi peluru hidup yang disimpan di dalam poket seluar suspek.

 Mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri dengan menaiki kenderaan polis.
DIBUNUH: Mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri dengan menaiki kenderaan polis.
  • oleh
  • Advertisement