Anda di sini

Bekas pejabat Yayasan Sabah terbakar

Advertisement
 Anggota bomba melakukan operasi pemadaman api yang memusnahkan bekas pejabat Yayasan Sabah.
TERBAKAR: Anggota bomba melakukan operasi pemadaman api yang memusnahkan bekas pejabat Yayasan Sabah.

KOTA BELUD: Bekas pejabat Yayasan Sabah yang sudah terbiar di Jalan St Edmund Kampung Pirasaan dilaporkan musnah dalam kebakaran pada pagi Khamis.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.58 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pemerhatian mendapati bekas pejabat yang sudah terbiar jenis separuh kekal seluas 40x50 kaki persegi sudah terbakar sepenuhnya.

“Bagi mengelakkan api merebak ke kawasan sekitarnya, anggota bomba segera melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu empat Pegawai Bomba Bantuan dan api dapat dikawal pada jam 9.16 pagi.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran dalam kejadian ini dan operasi ditamatkan jam 10.50 pagi,” katanya.

Advertisement