Anda di sini

Rusia selar AS lancar ‘perang ekonomi’

Advertisement

MOSCOW: Perdana Menteri Russia Dmitry Medvedev menyelar sekatan baharu oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai “perang ekonomi sepenuhnya” ke atas Moscow, dan berkata ia me-musnahkan harapan untuk memperbaiki hubungan dan menunjukkan “kelemahan Presiden Donald Trump sepenuhnya dengan cara yang paling memalukan”.

Trump dengan ragu-ragu menandatangani sekatan baharu kelmarin, selepas beliau tunduk kepada tekanan domestik setelah Rumah Putih gagal untuk menewaskan rang undang-undang itu atau melonggarkannya.

Medvedev memberi amaran tindakan itu ada “akibatnya”, dan berkata “ia menamatkan harapan untuk memperbaiki hubungan kami dengan pentadbiran baharu AS”.

“Kedua, ia adalah satu deklarasi perang ekonomi sepenuhnya ke atas Russia,” kata Medvedev dalam laman Facebooknya.

Medvedev, yang mencela presiden AS yang cepat melenting itu, menambah: “Pentadbiran Trump telah menunjukkan kelemahan sepenuhnya apabila ia menye-rahkan kuasa eksekutif kepada Kongres dengan cara paling memalukan.”

Trump menandatangani rang undang-undang itu secara tertutup dan keraguannya dipamerkan sepenuhnya dalam satu kenyataan yang ditandatangani dengan marah di mana beliau menyifatkan rang undang-undang itu mempunyai cacat cela yang signifikan.

“Dalam langkah yang terburu-buru untuk meluluskan rang undang-undang ini, Kongres memasukkan beberapa peruntukan yang jelas melanggar perlembagaan,” katanya, termasuk kekangan ke atas keupayaan presiden untuk “berunding” dengan Russia.

“Saya membina sebuah syarikat yang benar-benar hebat bernilai berbilion dolar. Itu adalah sebahagian besar sebab kenapa saya dipilih. Sebagai presiden, saya dapat mencapai perjanjian yang jauh lebih baik dengan negara asing berbanding Kongres,” dakwa Trump.

Rang undang-undang itu – termasuk langkah menentang Korea Utara dan Iran – menyasari sektor tenaga Russia, yang memberi ke-upayaan kepada Washington untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat yang terbabit dalam usaha memajukan saluran paip Russia, dan mengenakan kekangan ke atas beberapa pengeksport senjata dari Russia.

Iran juga marah, dan me-nyatakan sekatan baharu terhadapnya “mencabuli” perjanjian nuklearnya pada 2015 dengan kuasa dunia, dan memberi amaran ia akan bertindak balas “sewajarnya”.

Berhubung Russia, sekatan khususnya membataskan keupayaan Trump untuk mengetepikan denda – satu kenyataan tidak percaya oleh Kongres yang dikuasai Republikan, yang masih tidak senang hati dengan pujian yang diberikan oleh Trump kepada Presiden Vladimir Putin.

Dalam kenyataannya, Trump berkata: “Perangka Perlembagaan kita meletakkan hal ehwal asing dalam tangan presiden. Rang undang-undang ini akan membuktikan kebijaksanaan pilihan itu.”

Dalam kenyataan balas yang panas, Senator Republikan John McCain berkata: “Perangka perlembagaan kita membuat Kongres dan Presiden sebagai cabang yang sama rata dalam kerajaan. Rang undang-undang ini sudah membuktikan kebijaksanaan pilihan itu.”

“Saya harap presiden akan lantang mengenai kelakuan agresif Russia seperti beliau lantang mengenai kebimba-ngannya dengan rang undang-undang ini.’

Sekatan itu mahu meng- hukum Kremlin kerana campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016 dan kerana tindakan Russia menakluki Crimea.

Trump berkata beliau akan “menghormati” beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu tetapi tidak pula menyatakan ia akan dilaksanakan sepenuhnya.

Rumah Putih hanya me-nyatakan Trump akan menimbang dengan teliti dan hormat “pilihan utama” Kongres.

“Saya menandatangani rang undang-undang ini demi perpaduan kebangsaan. Ia merupakan kehendak rakyat Amerika untuk melihat Russia mengambil langkah bagi memperbaiki hubungan dengan AS,” kata Trump. — AFP

Advertisement