Anda di sini

Pertemuan bermakna ahli keluarga Terudin dari Sarawak, Sabah, Brunei

Advertisement
 Golongan muda dan tua bergambar bersama.
KELUARGA RAPAT: Golongan muda dan tua bergambar bersama.

SYAWAL lepas menjadi kenangan paling manis ahli keluarga keturunan Terudin dari Limbang apabila 100 ahli keluarga itu dari Sabah (Beaufort/Kota Kinabalu) dan Negara Brunei Darussalam berhimpun bersama selepas lama tidak berjumpa dan mendengar khabar.

Pertemuan penuh makna itu diadakan di Kampung Binjai dekat Limbang.

Pengerusi bersama pertemuan itu Bini Terudin berkata kehadiran ahli keluarga dari jauh terutama dari Beaufort dan Kota Kinabalu Sabah menunjukkan keutuhan silaturahim dan hubungan rapat dalam keluarga besar itu.

Katanya pertemuan itu bukan saja merapatkan lagi hubungan yang ada, tetapi memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali ahli keluarga yang jauh dan jarang bertemu.

Wakil ahli keluarga keturunan Terudin dari Sabah Yunos Rajah, berkata program sama akan diadakan tahun hadapan di Beaufort Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Abdullah Kassim memberitahu satu lagi  program telah dirancang untuk ahli keluarga keturunan Terudin yang akan menghimpunkan keluarga dari Kuching

dan Saratok selain daripada keluarga dari Sabah dan Brunei Darussalam.

Pada majlis itu satu kutipan derma telah dilancarkan untuk mangsa kebakaran rumah Penghulu Ahmad Bini baru-baru ini.

Sebanyak RM926.45 berjaya dikutip atas dasar keprihatinan ahli keluarga terbabit.

Menyusuri salasilah keturunan Terudin ini bermula apabila beliau yang berasal dari Limbang telah berkahwin dan mempunyai empat anak.

Anak-anak beliau telah berkahwin dengan pasangan dari Sabah (Beaufort), Kuching dan Brunei dan kebanyakan cucu dan cicit mereka tinggal di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Menyedari senario itu maka generasi ketiga dan keempat  berusaha untuk menyatukan semula keluarga besar ini agar ikatan kekeluargaan ini akan kekal hingga ke generasi akan datang.

  • oleh
  • Advertisement