Anda di sini

Kg Merampong Keningau muncul johan

Advertisement
MUSA (tengah) dan Ismail Sabri (empat kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang pertandingan dan peserta latihan.
MUSA (tengah) dan Ismail Sabri (empat kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang pertandingan dan peserta latihan.
MUSA (dua kiri) dan Ismail Sabri (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
MUSA (dua kiri) dan Ismail Sabri (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PASUKAN Kampung Sugiang Tengah Tenom merakamkan gambar kenangan.
PASUKAN Kampung Sugiang Tengah Tenom merakamkan gambar kenangan.
MUSA (tengah) bersama Ismail Sabri (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.
MUSA (tengah) bersama Ismail Sabri (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.
ANTARA peserta latihan Sijil Tadbir Urus Desa.
ANTARA peserta latihan Sijil Tadbir Urus Desa.

KOTA KINABALU: Kampung Merampong Keningau muncul johan dalam pertandingan Anugerah Desa Perdana peringkat Sabah 2017 seterusnya membawa balik hadiah RM12,000, piala dan sijil.

 Kampung itu berjaya mengalahkan Kg Sugiang Tengah Tenom yang berada di tempat kedua dan Kg Seganga Lahat Datu ketiga yang mana, masing-masing menerima RM10,000 dan RM8,000 beserta piala dan sijil.

 Manakala, johan pertandingan di peringkat Labuan dimenangi oleh Kg Layang-Layangan dengan mengalahkan Kg Sungai Miri di tempat kedua dan Kg Lubok Temiang ketiga.

 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini, sebanyak 582 kampung bertanding di peringkat daerah dan 159 kampung di peringkat negeri manakala peringkat kebangsaan akan diwakili sebanyak 23 kampung yang menyertai pertandingan itu.

 Katanya, 23 kampung itu akan mewakili kategori kampung tradisional termasuk rumah panjang dan kampung orang asli.

 “Penghakiman dan pemarkahan pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa aspek penilaian iaitu patriotisme dan kemasyarakatan, kepimpinan dan pentadbiran, pendidikan dan latihan, ekonomi dan keusahawanan, pemerkasaan peranan belia, teknologi maklumat dan komunikasi, kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung serta pengawasan kemudahan asas kampung.

 “Hadiah yang lumayan akan menanti pemenang di peringkat kebangsaan.

 Selain wang tunai sebanyak RM100,000 untuk johan, kampung yang menang juga akan diberikan projek bernilai RM600,000.

 “Tempat kedua pula akan menerima RM50,000 dan RM250,000 dalam bentuk projek manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000 dan RM100,000 dalam bentuk projek,” katanya pada Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK Zon Sabah dan Penyampaian Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pada Isnin.

 Ismail Sabri berkata, kemuncak pertandingan akan diadakan pada 22 Ogos ini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, kampung-kampung yang mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan perlulah mempamerkan kekuatan masing-masing kepada panel hakim bagi membuktikan bahawa kampung mereka adalah benar-benar layak dipilih sebagai kampung terbaik tahun ini.

 “Kalah dan menang adalah adat pertandingan dan saya berharap pertandingan ini dapat dijadikan motivasi kepada semua yang terlibat untuk terus berjaya pada masa akan datang,” katanya.

 Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah sangat penting kepada kerajaan.

 Katanya, walaupun JKKK adalah pemimpin di peringkat paling bawah tetapi mereka mempunyai tanggungjawab besar kepada masyarakat yang dipimpin.

 “Mereka perlu dibantu untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan dan mempunyai ilmu yang luas dalam hal ehwal pengurusan kampung serta pengurusan masyarakat.

 “Ini kerana, kejayaan dan kemajuan sesebuah kampung terletak pada kebijaksaaan kepimpinan, tadbir urus yang efi sien serta kerjasama erat anggota masyarakatnya.

 “Untuk itu, KKLW telah menyediakan pelbagai program latihan yang dilaksanakan secara berterusan untuk meningkatkan daya saing pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya,” katanya.

 Katanya, latihan itu dilaksanakan menerusi Institut Kemajuan Desa (Infra) iaitu sebuah institusi latihan di bawah KKLW.

 Untuk Sabah, katanya, Infra Cawangan Sabah telah menjal inkan ker jasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi melaksanakan program latihan kepada kepimpinan akar umbi melalui Bengkel Pelan Tindakan Kampung Sejahtera dan kursus lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

 “Program yang difokuskan kepada kampung-kampung mundur ini bertujuan menarik penglibatan penduduk dalam memberi cadangan dan pandangan bagi membangun serta memajukan kampung dari aspek kemudahan prasarana, kemajuan ekonomi dan program pembangunan modal insan.

 “Tahun ini , KKLW mengambil langkah pembaharuan kepada program latihan JKKK denga n memperkenalkan latihan yang lebih komprehensif dan memberi nilai tambah kepada latihan sedia ada iaitu program Sijil Tadbir Urus Desa,” katanya.

 Katanya, program itu yang dilaksanakan oleh Infra dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyasarkan untuk melahirkan JKKK yang profesional dan kompeten.

 Ismail Sabri berkata, program yang berasaskan modul khas itu meliputi topik Pelan Strategik Desa, Pentadbi ran Desa dan Pengurusan Kewangan, Pemantauan Projek, Keusahawanan dan Tanggungjawab sebagai Penolong Pendaftar Pemilih.

 “Sehingga kini, hampir 3000 JKKK telah mengikuti latihan ini dan program di Sabah ini adalah siri terakhir bagi pelaksanaan peringkat pertama tahun ini.

 “Saya yakin semua baki 13,000 akan berpeluang mengikuti program ini selewat-lewatnya pada tahun 2018,” katanya.

 Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

  • oleh
  • Advertisement