Anda di sini

Empangan Hidroelektrik Baleh dijangka siap 2025

Advertisement

Projek mampu jana 1,285 megawatt tenaga elektrik ini akan mula dibina Oktober 2018

 Empangan Hidroelektrik Baleh yang dijadual mula dibina Oktober 2018 dijangka siap pada 2025.
SOKONG PEMBANGUNAN SARAWAK: Empangan Hidroelektrik Baleh yang dijadual mula dibina Oktober 2018 dijangka siap pada 2025.

KUCHING: Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh di Kapit yang turut berperanan menyokong pembangunan Sarawak ke arah mencapai status negeri maju, dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata projek yang berkeupayaan menjana tenaga elektrik sebanyak 1,285 megawatt itu dijadual mula dibina Oktober 2018.

Majlis menandatangani kontrak antara Sarawak Energy dan China Gezhouba Group Corporation dan Untang Jaya Sdn Bhd Joint Venture bagi pelaksanaan kerja-kerja sivil di loji empangan diadakan di Wisma Sarawak Energy di sini, semalam.

Pembinaan empangan itu menurutnya adalah sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan industri berasaskan Polisi Pemerolehan dan Prosedur.

Ini adalah untuk memastikan kita bekerja dengan kontraktor terbaik dalam melaksanakan projek-projek berkualiti yang memenuhi kriteria kita,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Sharbini Suhaili, manakala Xu Zhongguo dan Huang Mingxing mewakili China Group Corporation serta Pengarah Untang Jaya Michael Jawa dan Pengarah Urusannya Rheineld Panyau.

China Gezhouba Group Corporation mempunyai kepakaran dalam pembinaan empangan hidroelektrik selama 40 tahun, yang bertanggungjawab membina lebih 100 projek hidroelektrik.

Manakala Untang Jaya Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan 30 peratus dalam kerjasama itu merupakan kontraktor berdaftar Kelas A dari Kapit yang mempunyai latar belakang dalam industri pembinaan.

Ini adalah sejajar dengan matlamat Sarawak Energy untuk menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam memaksimumkan kandungan tempatan dan Bumiputera dalam pemerolehan dan kontrak,” kata Abdul Hamed.

Pembinaan empangan itu akan menyediakan 3,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain peluang perniagaan.

 Sharbini (kiri) bertukar dokumen perjanjian pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh dengan Xu sambil disaksikan Masing dan Abdul Hamed.
EMPANGAN BALEH: Sharbini (kiri) bertukar dokumen perjanjian pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh dengan Xu sambil disaksikan Masing dan Abdul Hamed.
  • oleh
  • Advertisement