Anda di sini

Gree taja 14 unit barangan elektronik, perkakas rumah untuk ‘The Borneo Post Run 2017’

Advertisement
 Kueh (tiga kanan) menerima hadiah tajaan Gree Malaysia Sdn Bhd yang disampaikan oleh Vincent, semalam.
TERIMA KASIH: Kueh (tiga kanan) menerima hadiah tajaan Gree Malaysia Sdn Bhd yang disampaikan oleh Vincent, semalam.

SIBU: Sebanyak 14 unit barangan elektronik dan perkakas rumah jenama Gree bernilai lebih RM2,000 menanti untuk dimenangi dalam acara cabutan bertuah pada acara larian ‘The Borneo Post Run 2017’ yang akan berlangsung di Dataran Bandar Sibu, pada 31 Ogos ini.

Pengurus See Hua Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng berkata kesemua hadiah itu merupakan tajaan Gree Malaysia Sdn Bhd dan hadiah utama adalah seunit pendingin hawa Gree.

“Kita merakam ucapan terima kasih kepada Gree kerana menaja hadiah cabutan bertuah untuk acara larian ini,” katanya selepas menerima hadiah tajaan itu dari Eksekutif (Pemasaran) Gree Malaysia Sdn Bhd Vincent Teng di Gree Show House Jalan Pedada, Lot 9 di sini, semalam.

Sementara itu, Kueh mendedahkan bahawa setakat ini larian The Borneo Post Run 2017 telah menerima sebanyak lebih 2,600 penyertaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mereka yang berminat supaya segera mendaftar kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos ini.

“Kita masih menerima penyertaan sehingga 8 Ogos ini dan untuk makluman, baju larian The Borneo Post Run 2017 telah habis diedarkan kepada peserta yang mendaftar awal,” katanya.

Sementara itu, larian itu akan terbahagi kepada lima kategori iaitu 10 kilometer (KM) untuk kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Junior, Perempuan Junior dan ‘Fun Run’ (5KM). Ia terbuka untuk semua warganegara Malaysia dan warga asing.

Yuran pendaftaran adalah RM30 untuk terbuka lelaki dan wanita, RM20 untuk lelaki dan perempuan junior, manakala RM25 untuk yuran penyertaan Fun Run.

Bagi acara Terbuka Lelaki dan Terbuka Perempuan masing-masing tempat pertama akan meraih wang tunai RM500, medal berserta sijil, tempat kedua RM350 medal berserta sijil dan tempat ketiga RM300 medal berserta sijil diikuti tempat ke empat RM250, ke lima RM150 dan tempat keenam hingga ke-30 akan meraih RM50.

Manakala kategori Lelaki dan Perempuan junior tempat pertama akan meraih wang tunai RM350, medal berserta sijil, tempat kedua RM300 medal berserta sijil dan tempat ketiga RM250 medal berserta sijil diikuti tempat ke empat RM200, ke lima RM150 dan tempat keenam hingga ke-60 akan meraih RM50 medal dan sijil.

Untuk acara Fun Run pula, tempat pertama meraih wang tunai RM150 berserta medal, kedua RM120 serta medal, tempat ke tiga RM100 berserta medal, keempat wang tunai RM80 dan medal, ke lima RM60 dan medan dan tempat ke enam hingga ke-90 memperoleh RM20 dan medal.

Pada masa yang sama, Lau turut mengucapkan terima kasih kepada Yeo’s selaku penaja utama yang telah menaja The Borneo Post Run sejak tahun 2012.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Borneo Post Sdn Bhd 084-315252 atau e-mel ke shmsbw@gmail.com.

  • oleh
  • Advertisement