Anda di sini

Farhani dan Farhana si kembar minat berolahraga

Advertisement
 Farhani (kanan) bergambar kenangan bersama Juma’ani (kiri) dan Presiden PPSEAWA, Datin Munirah Mohd Hassan.
KENANGAN MANIS: Farhani (kanan) bergambar kenangan bersama Juma’ani (kiri) dan Presiden PPSEAWA, Datin Munirah Mohd Hassan.

KUDUS Julaihi, 53, serta isteri Zarina Zainal Abidin menyokong minat anak kembar mereka Nur Farhani dan Nur Farhana untuk memasuki Sekolah Sukan tahun depan.

 Si kembar Farhani dan Farhana masing-masing 14 tahun masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa mulai menyedari minat berolahraga sejak berumur 7 tahun.

 “Pada mulanya, semasa mereka masih kecil saya bawa kedua-duanya ke taman untuk berjoging kerana ia merupakan rutin kebiasaan saya juga.

 Kadangkala pada Sabtu atau Ahad kami akan pergi berenang.

 “PDK Sri Satok ada membuat satu pemilihan bersama Cikgu Amir dan diberitahu Farhani mendapat tempat di dalam pemilihan tersebut untuk dihantar ke Kuala Lumpur bermula 26 Julai untuk pemilihan kedua nanti.

 Saya berharap mereka akan mendapat tempat di sekolah sukan.

 “Alhamdulilah, memang saya dan isteri menyokong anak kami yang mahu bergiat aktif di dalam bidang sukan.

 Lagipun, prestasi akademik dan sukan kedua-duanya hampir selari,” katanya ketika ditemui pada Program Raikan Raya anjuran Persatuan Kebajikan Petra Jaya di Dewan SK Datu Merpati Jepang di Kuching, baru-baru ini.

 Menurut Kudus, barangkali dua anak kembarnya itu mengikut jejak abangnya, Khusairi Julaihi yang banyak kali dihantar mewakili acara olahraga di dalam dan di luar kawasan Mukah.

 Isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya telah menyampaikan kelengkapan sukan seperti kasut spike serta baju sukan kepada Farhani.

 Beliau djadualkan akan berangkat ke Kem Latihan Intensif MISIM pada 26 Julai sehingga 8 Ogos yang dianjurkan oleh Tune Talk di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

 Di antara 56 pelatih PDK, Farhani merupakan antara calon atlet sukan yang berkaliber hasil latihan intensif berterusan PDK Sri Satok.

 Di antara kejayaan beliau adalah terpilih untuk menyertai Kejohanan Sirkit Akhir Para Olahraga 2017 di USM.

 Farhani juga menyertai Kem Pelapis Negeri Sarawak 2017 anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Belia dan Sukan Sarawak serta PESRON Sarawak.

 Selain berolahraga, Farhani turut terpilih dalam kategori para fizikal untuk program pembangunan atlet Sukan Renang Para Sarawak pada Mac lalu.

  • oleh
  • Advertisement