Anda di sini

Australia dakwa gagalkan serangan

Advertisement
 Anggota polis persekutuan membantu menapis penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney di Sydney, semalam. — Gambar AFP
DIPERKETAT: Anggota polis persekutuan membantu menapis penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney di Sydney, semalam. — Gambar AFP

Polis hidu rancangan pengganas untuk menjatuhkan pesawat, empat ditangkap

SYDNEY: Australia telah menggagalkan satu rancangan pengganas untuk menjatuhkan sebuah pesawat dengan bahan letupan buatan sendiri, menurut pihak berkuasa semalam, selepas empat orang ditangkap dalam serbuan di sekitar Sydney.

 Perdana Menteri Malcolm Turnbul l menya t aka n rancangan yang kelihatan sebagai terperinci berbanding dengan yang dirancangkan oleh seorang pelaku sahaja, ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan di lapangan terbang utama domestik dan antarabangsa di seluruh negara.

 “Saya boleh melaporkan malam semalam bahawa terdapat satu operasi menang ani keganasan bersama bagi menghalang satu rancangan pengganas untuk menjatuhkan sebuah p e s awa t , ” Turnbull memberitahu wartawan.

 Pihak berkuasa tidak menjelaskan seki ranya rancangan yang dikatakan melibatkan sebuah pesawat domestik atau antarabangsa, namun akhba r Da i l y Te l egr aph di Sydne y melaporkan satu laluan tempatan disasari.

 Pesuruhjaya Polis Per sekutuan Australia Andrew Colvin menyatakan rancangan sebagai ‘berunsurkan pelampau Islam’, menyatakan empat lelaki telah ditangkap dalam satu siri serbuan di sekitar Sydney kelmarin.

 “Kami mempe r c aya i serangan ini adalah keganasan berunsurkan Islam.

 “Sebenarnya apa yang berlaku di sebaliknya adalah sesuatu yang kami perlu siasat sepenuhnya,” jelas beliau.

 Colvin tidak akan memberikan maklumat lanjut, namun pihak Australian Broadcasting Corporation menyatakan pihak polis menemui barang-barang yang boleh digunakan bagi menghasilkan bom buatan sendiri di dalam salah satu dari rumah yang diserbu kelmarin.

 Pihak berkuasa percaya mereka merancang untuk menyeludup alat tersebut ke dalam sebuah pesawat untuk meletupkannya, tambah ABC.

 Empat orang lelaki telah ditangkap kelmarin selepas anggota polis bersenjata menyerbu rumah dalam sekurang-kurangnya empat buah kawasan kejiranan, walaupun nama dan usia mereka tidak dinyatakan serta mereka tidak didakwa oleh pihak polis.

 The Seven Networ k melaporkan 40 anggota skuad antirusuhan telah menyerbu sebuah rumah teres di subbandar Surry Hills, di mana rakaman TV menunjukkan seorang lelaki dengan balutan di kepalanya dibawa pergi oleh pihak berkuasa, berselubung selimut.

 Bahagian jalan berhampiran masih ditutup semalam ketika anggota forensik dan penyiasat membungkus dan mengeluarkan barang-barang dari rumah tersebut.

 Para penumpang pesawat pula telah diminta agar sampai sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi laluan antarabangsa, serta untuk mengehadkan bagasi mereka.

 — AFP

Advertisement