Anda di sini

Semangat patriotik terserlah pada sambutan Hari Sarawak KRT Batong

Advertisement
 Hussaini (sepuluh kiri) Mohd Amran (lima kanan), Awang Emran (dua kanan) bersama ahli-ahli KRT Batong mengibar bendera Sarawak.
SEMANGAT PATRIOTIK: Hussaini (sepuluh kiri) Mohd Amran (lima kanan), Awang Emran (dua kanan) bersama ahli-ahli KRT Batong mengibar bendera Sarawak.

SEMANGAT patriotik yang merupakan kunci perpaduan terus terserlah dalam kalangan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batong khususnya ketika menyambut Hari Sarawak baru-baru ini.

 Pengerusi KRT Kampung Batong Mohd Amran Basir berkata sambutan Hari Sarawak KRT Batong satu platform terbaik dalam usaha untuk menyemai semangat patriotisme di peringkat kampung seperti menyanyikan lagu kebangsaan dan menyebarkan bendera Sarawak.

 Pada program itu ahli-ahli KRT Batong berkumpul bersama menunjukkan semangat patriotisme dengan sepenuh hati, sekitar 250 ahli KRT Batong menghadiri program itu.

 Turut hadir memeriahkan majlis Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Wakil Jabatan Perpaduan Lawas Zikri Haizan, Kauselor Awang Emran Damit, Kaunselor Liaw Ho Peng.

 Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan gubahan bunga, pertandingan masakan ketupat, cabutan bertuah, perasmian Hari Sarawak dan persembahan karaoke lagu raya dan pelbagai aktiviti lain.

  • oleh
  • Advertisement