Anda di sini

Pelaburan dalam R&D perlu demi kelestarian perladangan hutan

Advertisement
 Wingfield (duduk, empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama para peserta.
KENANGAN: Wingfield (duduk, empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama para peserta.

PEMEGANG taruhan perhutanan di Sarawak perlu membuat lebih banyak pelaburan dalam kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) hutan tanaman bagi menjamin produktiviti dan kelestarian perladangan hutan negeri ini, yang masih muda.

Perkara itu merupakan seruan presiden Pertubuhan Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (IUFRO) Profesor Michael J. Wingfield, yang juga pakar kesihatan pokok antarabangsa yang terkemuka, pada Bengkel Perosak dan Penyakit anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC), baru-baru ini.

Dalam ucaptamanya, Wingfield berkongsi

KENANGAN: Wingfield (duduk, empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama para peserta. pengalaman dan pandangannya yang meluas mengenai ancaman diwujudkan oleh perosak dan penyakit dalam kesejahteraan ladang hutan di seluruh dunia.

Beliau turut menyentuh mengenai ancaman perosak dan penyakit seperti dibuktikan dalam rekod penemuan spesies perosak baharu setiap 1.4 tahun sejak 1980, berbanding 6.3 tahun sebelum itu.

Corak itu dijangka bertambah teruk pada masa akan datang sehingga berpotensi kelihatan seluruh spesies pokok jika tidak ditangani lebih awal.

Wingfield memberitahu, kesan-kesan perosak dan penyakit boleh menjadi lebih teruk dalam hutan semula jadi berbanding dengan hutan ditanam, bertentangan dengan apa dipercayai selama ini.

Beliau telah menjadikan beberapa ladang gagal sebagai contoh seperti di Amerika Latin dan Asia Tenggara, di mana seluruh ladang atau spesies pokok musnah akibat pengenalan patogen baharu daripada sumber luaran.

Beliau turut menekankan kepentingan berpandangan jauh untuk mengelak bencana kegagalan dan ia merupakan seruan kepada usaha bersepadu agensi serta institusi tempatan dan juga antarabangsa.

Wingfield turut menekankan keperluan untuk SFC, industri balak dan pemegang taruhan di Sarawak untuk melibatkan pakar relevan dalam R&D hutan ditanam untuk mengenal pasti perosak dan penyakit tempatan pada peringkat awal serta menyediakan latihan untuk penyelidik tempatan melalui kerjasama dengan institusi penyelidikan dan akademik antarabangsa.

“Perhutanan merupakan perniagaan jangka masa panjang dan pelaburan dalam penyelidikan akan membuahkan hasil,” katanya lagi.

Turut membentangkan kertas kerja pada bengkel itu ialah penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), syarikat-syarikat kayu utama dan agensi kerajaan dari Sabah dan Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement