Anda di sini

SABERKAS Batu Danau terus proaktif bantu baik pulih rumah penduduk daif

Advertisement
 Ekit (berdiri enam kiri), Paulus, Mary dan yang lain bergambar berlatarbelakangkan rumah Inap.
BANTU RAKYAT: Ekit (berdiri enam kiri), Paulus, Mary dan yang lain bergambar berlatarbelakangkan rumah Inap.

SABERKAS Batu Danau melalui SABERKAS Empat Kampung (Kampung Tanjong Riman, Tanjong Darat, Pangkalan Gurah dan Lubuk Bidai) terus proaktif turun padang menjejaki mereka yang kurang berkemampuan dan daif melalui program gotong-royong membaiki rumah kepada kumpulan sasar.

Pengerusi SABERKAS Empat Kampung Kaunselor Ekit Awang berkata gotong-royong membaiki rumah warga emas itu merupakan program seumpamanya yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Jelasnya sejumlah RM7,000 dibelanjakan untuk membeli peralatan rumah termasuk atap, dinding dan lantai bagi membantu membaiki rumah mereka yang usang.

Bagi program ini dua peserta dipilih dari Kampung Lubuk Bidai dam Merutup Limbang untuk pelaksanaan program membaiki rumah mereka yang usang,” katanya kepada media baru-baru ini.

Menurut Ekit program itu menunjukkan keprihatinan kerajaan melalui SABERKAS Batu Danau dalam membantu serta melaksana program kebajikan dan kemasyarakatan.

Pada program itu warga emas Inap Injan, 73, dari Lubuk Bidai kini boleh tersenyum kerana kediamannya yang usang dan berusia lebih 30 tahun mendapat perhatian dari SABERKAS Batu Danau yang bergotong-royong membaik pulih rumah beliau baru-baru ini.

Ahli-ahli SABERKAS Batu Danau menjalankan program gotong-royong membaiki rumah seawal jam 7 pagi yang turut dihadiri oleh Ekit.

Turut sama turun padang pada program itu ialah ADUN Batu Danau Paulus Gumbang dan isteri Mary Sindang, ahli-ahli SABERKAS Batu Danau, Setiausaha SABERKAS Batu Danau Jimmy Ngindang, Setiausaha SABERKAS Empat Kampung Cecalia Lim, Pegawai JASA Batu Danau Endrawati Thomas dan Ketua Kampung Lubuk Bidai Bol Hasan Kayuk.

 Paulus (tiga kanan) memeluk warga emas Inap ketika                turun padang pada program tersebut.
BERJIWA RAKYAT: Paulus (tiga kanan) memeluk warga emas Inap ketika turun padang pada program tersebut.
  • oleh
  • Advertisement