Anda di sini

Pengebom nekad Taliban sasar bas kementerian, 35 maut

Advertisement
 Anggota keselamatan mengalihkan rangka bas yang menjadi sasaran bom kereta di barat Kabul, semalam. — Gambar AFP
KEJAM: Anggota keselamatan mengalihkan rangka bas yang menjadi sasaran bom kereta di barat Kabul, semalam. — Gambar AFP

KABUL: Seorang militan Taliban meletupkan sebuah kereta sarat bom di bahagian barat Kabul semalam, menyebabkan 35 maut dan lebih 40 cedera, menurut pegawai kerajaan.

Polis menyita tempat kejadian berhampiran rumah timbalan kerajaan Ketua Eksekutif Mohammad Mohaqiq di kawasan komuniti Hazara Syiah.

Pengeboman semalam yang menyasari kakitangan kerajaan, di mana pasukan keselamatan kerajaan berkata, sebuah bas mini milik Kementerian Perlombongan telah musnah dalam letupan tersebut.

Namun Direktorat Keselamatan Negara, agensi perisikan utama, mendakwa tiada seorang pun pegawainya menjadi mangsa.

Pemangku jurucakap Kementerian Dalam Negeri Najib Danish berkata, sekurang-kurangnya 24 maut dan 40 cedera tetapi tidak menolak angka tersebut akan meningkat.

Seorang pegawai kanan yang enggan dikenali kerana tidak mempunyai kebenaran untuk bercakap dengan media bagaimanapun menyatakan jumlah kematian sebenar adalah 35, selaras dengan dakwaan Twitter oleh jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid yang menyatakan 37 pegawai perisikan telah terbunuh.

Mujahid yang mengesahkan Taliban bertanggungjawab atas serangan itu mendakwa sasaran mereka adalah dua bas yang sudah dua bulan dipantau mereka.

Tiga kenderaan awam dan 15 kedai musnah atau rosak dalam letupan tersebut, menurut kenyataan daripada kementerian. — Reuters

Advertisement