Anda di sini

Galeri tirai pertama MK Curtain kini dibuka di Emart Batu Kawa

Advertisement
 MK Curtain kini dibuka di Emart Batu Kawa.
CAWANGAN PERTAMA: MK Curtain kini dibuka di Emart Batu Kawa.

KUCHING: Syarikat langsir terkemuka dalam industri tirai tempatan, MK Curtain meluaskan sayap ke Sarawak dengan membuka cawangan pertamanya di Emart Batu Kawa, di sini.

 Syarikat yang ditubuhkan oleh Datuk Calvin Khiu pada 2005, menyediakan perkhidmatan lengkap termasuk pengukuran dan penilaian percuma dalam rumah, persembahan sampel, teknologi jahitan yang profesional dan bahagian pemasangan.

 Menurut kenyataan akhbar semalam, syarikat itu turut menjalankan pelbagai projek termasuk hotel, sekolah, agensi kerajaan dan sebagainya di mana produk utama ialah langsir, tirai ‘roller’, cadar, kertas dinidng dan hiasan rumah rantaian runcit.

 Setakat ini, MK Curtain mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia.

 Pada April tahun lepas, ibu pejabat Nilai 3 di Negeri Sembilan direkodkan sebagai dewan pameran tirai terbesar di negara ini dengan saiz 93.680 kaki persegi dalam rekod Malaysia.

 Syarikat itu juga telah mengumpul lebih sejuta orang pelanggan yang berpuas hati.

 “Dengan perkembangan pesat permintaan industri hartanah dan pasaran, kita akan membuka 50 cawangan dalam masa lima tahun supaya dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan yang berlainan,” kata kenyataan tersebut.

 Antara misi syarikat ialah untuk mewujudkan kehidupan yang bahagia dengan penuh kasih sayang manakala visinya, menjadi pemimpin industri fesyen tirai di Asia Tenggara.

 Bersempena dengan pembukaan cawangan itu, MK Curtain menawarkan hadiah misteri untuk 100 pelanggan pertama dari 2 hingga 31 Julai ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

 Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan Kuching atau hubungi MK Careline 018-229 5000 atau layari www.mk.com.my atau akaun Facebook: MK Curtain Group.

Advertisement