Anda di sini

Gagal bayar denda, lelaki dipenjara

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang pengutip sampah terpaksa merengkok di penjara selama dua bulan selepas gagal membayar denda RM1,500 kerana menendang dan memukul bekas isterinya.

R.Suresh, 42, didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som semalam selepas mengaku bersalah mencederakan tukang cuci, P. Venee, 34, dengan menarik rambut, menendang dada dan pinggang serta memukul belakang badan mangsa menggunakan kerusi sehingga menyebabkan kecederaan.

Tertuduh gagal membayar denda itu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebuah rumah di PPR Raya Permai, Sungai Besi, di sini pada jam 11.15 malam, 12 Jan lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. — Bernama

Advertisement