Anda di sini

Majlis makan malam platform promosi peranan SDEA Zon Bintulu

Advertisement
 Wakil Persatuan Graduan Dayak Sarawak Bintulu turut hadir pada majlis makan malam tersebut.
SOKONG: Wakil Persatuan Graduan Dayak Sarawak Bintulu turut hadir pada majlis makan malam tersebut.

SEKITAR 150 ahli Persatuan Pendidik Dayak Sarawak (SDEA) Zon Bintulu telah menghadiri Majlis Makan Malam SDEA Zon Bintulu 2017 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Bintulu, baru-baru ini.

 Pada majlis yang bermula sekitar jam 7 malam itu, ia turut dihadiri oleh wakil Ahli Parlimen Bintulu Teo Ho Peng dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi.

 Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan makan malam berkenaan termasuk persembahan nyanyian dan tarian dari artis undangan khas, cabutan tiket bertuah dan persembahan seni tarian ‘pencha’ dan pantun asli kaum Iban.

 Antara objektif penganjuran majlis ini ialah bagi merapatkan lagi silaturahim sesama ahli dan pada masa sama mempromosikan peranan SDEA di bahagian ini.

 Selain itu, majlis juga diadakan bagi membolehkan SDEA Bintulu terlibat dalam penganjuran pelbagai aktiviti sosial serta bersifat akademik yang mendatangkan faedah buat profesyen perguruan di bahagian Bintulu.

 Pada majlis sama Teo mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada SDEA Bintulu bagi peganjuran pelbagai program berkaitan persatuan berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement