Anda di sini

Bomba dan Hospital Bintulu anjur latihan tangani tumpahan kimia

Advertisement
 Pihak pengurusan Hospital Bintulu yang terlibat dalam latihan kecemasan merakam kenangan bersama.
KENANGAN: Pihak pengurusan Hospital Bintulu yang terlibat dalam latihan kecemasan merakam kenangan bersama.

LATIHAN kecemasan menangani tumpahan bahan kimia anjuran Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu dan Pengurusan Jabatan Kecemasan Hospital dianjur dengan jayanya baru-baru ini.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu merangkap Timbalan Penguasa Bomba (TPgB), Di-Hata Gobel berkata, senario latihan melibatkan sebuah kenderaan membawa bahan kimia terbabas dan melanggar satu gerai makan menyebabkan kemalangan serta tumpahan bahan kimia.

 “Seramai 10 orang tercedera dan terkena tumpahan bahan kimia membabitkan kerjasama hospital dan bomba menyelamatkan semua mangsa,” katanya.

 Beliau berkata, seramai 73 petugas terlibat dalam latihan itu yang bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 10.07 pagi setelah disah pasukan Hazmat dengan membuat pemeriksaan tahap kualiti udara dan pemindahan bahan kimia yang tumpah ke tempat yang selamat.

  • oleh
  • Advertisement