Anda di sini

Sertai Peraduan Cabutan Bertuah Tahunan Unaco

Advertisement
 Antara barangan terpilih yang ditawarkan pada harga istimewa.
PELBAGAI PROMOSI: Antara barangan terpilih yang ditawarkan pada harga istimewa.

KUCHING: Syarikat Kumpulan Unaco (Unaco) kini mengadakan Peraduan Cabutan Bertuah Tahunan sempena Ulang Tahun Ke-16 di semua cawangannya di negeri ini.

Menurut jurucakap Unaco, peraduan itu diadakan selama dua bulan bermua 15 Julai hingga 15 September 2017.

“Peraduan ini merupakan usaha kami menghargai pelanggan setia yang telah banyak memberi sokongan kepada kami di Unaco.

“Kami mengadakan peraduan ini sebagai penghargaan dan memberi semula kepada pelanggan setia kami sempena Ulang Tahun Unaco Ke-16 tahun ini,” katanya.

Sehingga kini Unaco mempunyai 17 cawangan iaitu di Stutong, King Centre, Tabuan Laru, Taman Hui Sing, Batu 3, Batu 4, Batu 7, Batu 10, Kota Samarahan, Batu 18, Serian, Sri Aman, Jalan Nanas, Jalan Astana, Samariang, Pending dan Bau.

Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan hanya perlu membuat pembelian RM80 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan Unaco yang dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Antara hadiah yang ditawarkan dalam peraduan ini ialah kereta Honda HR-V 1.8L V (tanpa insurans dan cukai jalan) untuk hadiah utama dan hadiah tempat pertama pula tiga kereta Perodua Axia 1000G Auto juga tanpa insurans dan cukai jalan untuk tiga pemenang bertuah.

“Tempat kedua pula tiga motosikal Yamaha E115M juga tanpa insurans dan cukai jalan untuk tiga pemenang bertuah,” tambahnya.

Sementara itu, tiga pemenang bertuah bagi tempat ketiga pula akan membawa pulang peti sejuk Sharp 700L Plasmacluster 4 pintu J-Tech Inverter, tempat keempat pula televisyen Panasonic LED 49 inci (tiga pemenang) dan tempat kelima telefon pintar Huawei P10 (tiga pemenang).

Hadiah tempat keenam pula berupa mesin basuh Sharp 12 kilogram (tiga pemenang), tempat ketujuh ketuhar Microwave Grill Convection Sharp 42L (tiga pemenang), tempat kelapan komputer riba Acer X441N (tiga pemenang) dan tempat kesembilan pula penyejuk udara Sharp 6L (tiga pemenang).

Manakala sepuluh hadiah sagu hati berupa periuk nasi elektrik jenama Electrolux ERC2201 juga disediakan untuk sepuluh pemenang sagu hati bertuah.

“Semua pemenang peraduan bertuah ini akan kita hubungi menerusi telefon atau nama-nama mereka disiarkan di akhbar tempatan,” jelasnya.

Pada masa sama beliau memberitahu, pada tahun ini pihaknya turut memberi baucar tunai RM5 kepada pelanggan terpilih dan baucar itu hanya boleh digunakan untuk membeli barangan perkakasan di tingkat satu di Unaco Cawangan Stutong, Kota Samarahan, Batu 18, Bau, Jalan Astana, Samariang dan Taman Hui Sing (mengikut terma dan syarat).

“Malah, sempena sambutan ulang tahun ini juga, kami turut menawarkan pelbagai promosi istimewa untuk pelanggan  mendapatkan harga terbaik di bandar raya ini.

“Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia Unaco atas sokongan berterusan dan kami amat menggalakkan kedatangan pelanggan baharu ke pasar raya kami,” ujarnya.

Justeru, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peraduan cabutan bertuah serta promosi istimewa itu boleh mengunjungi mana-mana cawangan Unaco di sekitar Kuching, Bau, Sri Aman, Kota Samarahan dan Serian.

  • oleh
  • Advertisement