Anda di sini

Lelaki didenda kerana laku khianat ke atas ‘Grabcar’

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM7,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan khianat ke atas sebuah kenderaan ‘Grabcar’ milik seorang individu lain.

Ngu Teck Hing dari Jalan Ipoh, Sibu telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu berdasarkan fakta tuduhan, tertuduh telah dituduh melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta kepunyaan Simon Chieng Leh Wei, 27.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 10.30 malam, 1 Julai lalu di perhentian bas Lorong 2 berhampiran Emart Tudan di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 20 Julai untuk pengurusan kes.

Semasa sebutan pertama kes pada 11 Julai lalu, tertuduh telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Justerumahkamah menetapkan semalam untuk pengurusan kes dan tertuduh telah menukar pengakuannya kepada bersalah.

Advertisement