Anda di sini

Senator AS McCain didiagnos hidap kanser otak

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan McCain (tengah) ketika temu bual media selepas beliau menghadiri mesyuarat di Washington pada 13 Julai lalu. — Gambar AFP
KANSER OTAK: Gambar fail menunjukkan McCain (tengah) ketika temu bual media selepas beliau menghadiri mesyuarat di Washington pada 13 Julai lalu. — Gambar AFP

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS) John McCain, seorang bekas tahanan perang dan calon presiden Republik pada 2008, telah didapati menghidap kanser otak, pejabatnya meng-umumkan kelmarin.

Penggubal undang-undang berusia 80 tahun dari Arizona itu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bekuan darah dari atas mata kiri-nya pada minggu lepas dan ujian “mendapati satu tumor otak utama dikenali sebagai glioblastoma telah dikaitkan dengan bekuan darah itu”, Klinik Mayo, di mana doktor menjalani pembedahan di Phoenix, menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat McCain.

Senator dan keluarganya sedang meneliti pilihan rawatan selanjutnya,” kenyataan itu menambah dan menyebut ia mungkin termasuk kombinasi kemoterapi dan radiasi.

Glioblastoma merupakan tumor otak yang khususnya agresif dan menjejaskan orang dewasa. Ia berada dalam kategori kanser sama yang menyebabkan kematian seorang lagi ikon Senat AS Ted Kennedy pada usia 77 tahun pada 2009.

Ini bukan kali pertama McCain menghidap kanser. Doktor mengeluarkan beberapa melanoma malignan pada kulit McCain pada zaman 1990-an dan 2000-an, termasuk melanoma invasif pada 2000.

Pakar berkata pada minggu ini, pembedahan terbaharu McCain membayangkan kemungkinan penyakit kanser kembali lagi.

Pejabat McCain berkata senator itu “bersemangat tatkala beliau meneruskan pemulihan di rumah bersama keluarganya di Arizona”, dan beliau akan berunding dengan pasukan penjagaannya mengenai masa beliau dapat kembali bekerja di Washington.

Berita itu mencetuskan kebanjiran mesej sokongan dari seluruh lapisan politik bagi McCain, yang mempengerusikan Jawatankuasa Angkatan Tentera Senat dan berada dalam penggal ke-enamnya dalam dewan senat Kongres.

Senator John McCain selama ini adalah seorang pejuang. Melania dan saya menyampaikan fikiran dan doa kepada Senator McCain, Cindy, dan seluruh keluarga mereka,” Presiden Donald Trump menyebut dalam satu kenyataan. “Semoga sihat dengan cepat.”

Trump dituduh melampaui batas apabila beliau meng-kritik McCain sejurus selepas ahli perniagaan bilionair itu mengumumkan usahanya untuk menjadi presiden pada 2015, dengan menyatakan senator itu “bukan wira perang”.

Saya suka orang yang tidak kena tangkap,” kata Trump, dalam kenyataan yang membayangkan kejahatan dalam pilihan raya presiden pada 2016.

Namun Trump amat me-nyedari tentang kepentingan undi McCain mengenai penjagaan kesihatan, dengan usa-ha terbaharu untuk memansuhkan dan menggantikan Akta Penjagaan Berpatutan yang terumbang-ambing.

Selain itu, kita memerlukan undinya,” kata Trump pada Isnin lepas setelah mendoakan kesihatan McCain selepas beliau menjalani pembedahan bekuan darah.

John McCain adalah seorang wira Amerika dan salah seorang pejuang paling berani pernah saya kenali,” bekas presiden Barack Obama, yang menewaskan McCain setelah kempen pilihan raya yang sengit pada 2008, menulis dalam Twitter. “Kanser tidak tahu apa yang dihadapinya. Lawannya, John.”

McCain, bekas juruterbang Tentera Laut AS, ditembak jatuh dari ruang udara Hanoi pada 1967 ketika beliau menjalani misi pengeboman sewaktu Perang Vietnam.

Beliau cedera teruk apabila beliau keluar dengan payung terjun, dan diseksa selama lima setengah tahun beliau menjadi tahanan perang.

Dibebaskan pada 1973, McCain memenangi kerusi Dewan AS pada 1982 sebelum memenangi pemilihan ke Senat empat tahun kemudian.

Beliau muncul sebagai pendokong keselamatan negara, dan menjelajah dunia dalam misi Kongres ke Timur Tengah, Asia dan Eropah di mana beliau memberi jaminan kepada sekutu Amerika dan mencucuk musuhnya.

Beliau juga dituduh me-nyokong peperangan atau campur tangan ketenteraan tanpa peduli, dan pernah mencadangkan agar tentera AS terus kekal di Iraq selama 100 tahun.

Pada awal tahun ini, ahli politik yang mendokong pembabitan tentera AS yang lebih agresif di Syria itu telah melakukan lawatan sulit ke negara yang dilanda peperangan itu untuk berjumpa dengan tentera AS dan membincangkan kempen menentang kumpulan Negara Islam (IS).

Walaupun menyokong peperangan, McCain juga pernah memainkan peranan sebagai pendamai.

Parutnya akibat seksaan di Vietnam dapat dilihat, tetapi beliau adalah penggubal undang-undang yang mungkin lebih daripada orang lain telah membimbing usaha untuk memulihkan hubu-ngan di antara Washington dengan musuh lamanya di Asia itu. — AFP

Advertisement