Anda di sini

Racun lipas dicampur dalam mi goreng

Advertisement

KUCHING: Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke Hospital Sri Aman selepas makan racun lipas yang dicampur rakan sekelasnya dalam mi goreng.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sarawak Dato' Dev Kumar berkata dalam insiden semalam, pelajar lelaki tersebut dikejarkan ke hospital oleh gurunya selepas muntah.

Kira-kira pada jam 2.15 petang, bapa pelajar daripada Pantu itu dimaklumkan oleh guru sekolah yang mengatakan anaknya telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan.

"Bapa pelajar itu bergegas ke hospital dan diberitahu oleh doktor yang anaknya termakan racun.

"Cikgu yang berada di hospital ketika itu memaklumkan anaknya telah makan makanan daripada rakan sekelasnya yang dengan sengaja membubuh racun dalam makanan itu," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Bapa pelajar seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman.

Susulan itu, sepasukan anggota JSJ Sri Aman membawa rakan sekelas mangsa ke balai polis pada jam 2.30 pagi Jumaat, untuk soal-siasat.

Racun lipas yang dicampur dalam mi goreng. - Foto ehsan PDRM
Racun lipas yang dicampur dalam mi goreng. - Foto ehsan PDRM

(berita penuh dalam akhbar Utusan Borneo esok, Sabtu 22 Julai 2017)

Advertisement