Anda di sini

Pelaksanaan projek MRT beri keuntungan kepada PKS tempatan

Advertisement

PERUSAHAAN Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

Sejak pelaksanaan projek MRT dijalankan, ia dilihat sebagai peluang yang besar bagi PKS tempatan untuk turut membangun dan memantapkan sistem pengangkutan awam.

Selain itu, projek MRT turut menjadi platform terbaik kepada PKS tempatan belajar sesuatu yang baharu sekali gus berdaya saing dalam dunia global.

Sektor pembinaan Malaysia juga dijangka berkembang pada kadar sembilan peratus setahun dan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, pembinaan akan menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada ekonomi menjelang 2020.

Oleh itu, PKS tempatan boleh dianggap sebagai asas, tulang belakang dan pendukung dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020 dan dengan adanya projek-projek infrastruktur utama seperti MRT Lines dilihat dapat memberi kesan positif untuk meningkatkan ekonomi negara dan PKS tempatan.

Menurut MRT Corp, MRT jajaran pertama dan jajaran kedua akan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) bernilai RM4 bilion, dengan RM8 bilion hingga RM12 bilion dalam ‘spillover benefits’ iaitu 2.5 kali ganda dari pengganda ekonomi Malaysia.

Perkembangan PKS

PKS di Malaysia membentuk bahagian penting dalam memantapkan ekonomi negara dan membentuk bahagian penting dalam mengeluarkan komponen serta peralatan dan pembekal perkhidmatan kepada industri.Untuk makluman, 97 peratus daripada pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah PKS yang menyumbang 36 peratus kepada KDNK Malaysia. PKS juga dilihat sebagai penyumbang terbesar pekerjaan kepada penduduk Malaysia iaitu sebanyak 65 peratus berbanding sektor lain.

MMC Gamuda memainkan peranan penting memajukan PKS tempatan

MMC Gamuda Joint Venture Sdn Bhd adalah kontraktor bawah tanah bagi projek pembinaan MRT Jajaran Pertama Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Jajaran Kedua Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) menganugerahkan kontrak kerja berkaitan bawah tanah dan terowong kepada PKS tempatan yang telah bermula pada suku kedua (Q2 2016) dan akan tamat pada pada suku keempat (Q4 2020).

Sehingga bulan April 2017, tender yang telah ditawarkan kepada PKS adalah sebanyak 43 peratus bersamaan dengan  347 kontrak yang bernilai RM6.7 bilion.

Kira-kira 98 peratus kerja membuat terowong dilaksanakan oleh PKS tempatan sementara kerja khusus sahaja diberikan kepada syarikat asing seperti berkaitan pengilangan Mesin Pengorek Terowong (TBM), sistem sokongan TBM dan perundingan.

Berbeza dengan jajaran SBK, kontrak tambahan telah dibawa masuk dalam jajaran SSP seperti sokongan untuk GFRP & Coupler. Lebih banyak penyertaan dalam PKS telah dilanjutkan kerana penjajaran bawah tanah di jajaran SSP lebih lama dengan lebih banyak stesen bawah tanah.

Manfaat untuk syarikat tempatan

Penglibatan PKS dalam projek mega seperti ini adalah amat penting kerana penyertaan daripada syarikat tempatan dalam projek infrastruktur membolehkan PKS melabur dalam meningkat dan mempelbagaikan kemahiran dengan kemajuan dalam teknologi yang membabitkan peralatan dan automasi.

Ia juga sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) oleh Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan produktiviti industri di bawah inisiatif P6

- Memajukan kapasiti dan keupayaan PKS/Bumiputera.

Menurut Pengarah Zumatex Engineering Sdn Bhd Mayamas Omar, syarikatnya telah diberikan kontrak untuk penempatan semula gas di KL Sentral dan Merdeka di jajaran SBK, dan Sentul West, KLCC Timur dan Kampung Baru Utara di jajaran SSP untuk RM12 juta.

Ia merupakan satu kerja khusus yang rumit. Zumatex telah melabur RM10 juta dalam peralatan bagi kerja penempatan semula gas bagi Laluan SBK,” katanya.

Bagi Worktime Engineering Sdn Bhd pula, syarikat ini telah dianugerahkan kontrak untuk memindahkan kabel bekalan kuasa sedia ada di KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka dan Bukit Bintang.

Untuk laluan SSP pula, syarikat ini turut menerima kontrak untuk menyediakan kabel bekalan kuasa bagi kerja-kerja terowong dari Hospital KL ke Titiwangsa. Penempatan semula kabel bekalan kuasa yang ada di Hospital KL dan Kampung Baru Utara di jajaran SSP adalah bernilai RM11 juta.

Pengarahnya Affendy Arifin berkata, penyertaan dalam projek pengangkutan awam seperti MRT membawa inovasi dan kemajuan kepada PKS.

Dengan kontrak yang diperoleh membolehkan syarikat ini meningkatkan teknologi dan pengetahuan yang secara langsung mendorongnya ke hadapan dalam persaingan jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Fastpro Sdn Bhd Elmi Shamsul Saman segala pengetahuan, kemahiran dan kemajuan yang dijana syarikatnya menerusi projek MRT dapat membantunya menaikkan taraf untuk menepati keperluan tinggi yang ditetapkan dalam jajaran SBK dan SSP.

Fastpro yakin akan memperoleh lebih banyak perniagaan apabila ia berjaya memberikan perkhidmatan yang sama untuk jajaran SSP,” katanya.

Fastpro dianugerahkan kontrak penempatan semula gentian optik di Maluri dan kerja peletakan kabel bekalan kuasa untuk operasi terowong dari Conlay ke Hospital KL dalam jajaran SSP berjumlah RM6 juta.

Pengarah Huls Transmission Sdn Bhd Asmalina Mohd Napiah berkata, syarikatnya gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek infrastruktur mega seperti MRT.

 “Bermula dengan menempatkan semula kabel bekalan kuasa di Maluri bagi jajaran SBK dan kini di KLCC Timur dalam jajaran SSP yang membabitkan kontrak bernilai RM8 juta, kami dapat mengembangkan set kemahiran dan teknologi kami,” katanya.

Ia merupakan satu kerja khusus yang rumit. Zumatex telah melabur RM10 juta dalam peralatan bagi kerja penempatan semula gas bagi Laluan SBK.

Mayamas Omar
Mayamas Omar

Pengarah Zumatex Engineering Sdn Bhd

Dengan kontrak yang diperoleh membolehkan syarikat ini meningkatkan teknologi dan pengetahuan yang secara langsung mendorongnya ke hadapan dalam persaingan jangka masa panjang.

Affendy Ariffin
Affendy Ariffin

Pengarah Worktime Engineering Sdn Bhd

 

Fastpro yakin akan memperoleh lebih banyak perniagaan apabila ia berjaya memberikan perkhidmatan yang sama untuk jajaran SSP.

Elmi Shamsul Saman
Elmi Shamsul Saman

Pengarah Fastpro Sdn Bhd

Bermula dengan menempatkan semula kabel bekalan kuasa di Maluri bagi jajaran SBK dan kini di KLCC Timur dalam jajaran SSP yang membabitkan kontrak bernilai RM8 juta, kami dapat mengembangkan set kemahiran dan teknologi kami.

Asmalina Mohd Napiah
Asmalina Mohd Napiah

Pengarah Huls Transmission Sdn Bhd

Pembinaan stesen MRT bawah tanah - Cochrane, Kuala Lumpur 2013.

Advertisement