Anda di sini

Orang awam turut bertanggungjawab elak kes tipu dalam talian berleluasa

Advertisement

SIBU: Masyarakat di sini dinasihat supaya turut bertanggungjawab menghenti penipuan atas talian daripada berleluasa kerana hanya orang awam sahaja boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata beliau kerap kali menasihatkan orang ramai, namun masih ada tertipu oleh individu yang mereka sendiri tidak kenal.

Saya hairan masih ada tertipu walaupun polis sudah banyak kali memberi nasihat kepada umum,” katanya pada satu sesi perjumpaan bersama wakil media  di sini petang Rabu lepas.

Katanya, jika masyarakat sendiri tidak peka untuk menghentikan penipuan, maka bilangan kes akan terus meningkat.

Menurutnya, kebanyak modus operandi penipuan atas talian adalah sama.

Katanya, mereka mula berkenalan melalui Facebook dan selepas itu memberitahu mangsa bahawa mereka akan menghantar hadiah, namun dalam proses itu timbul masalah kerana hadiah tersebut telah disekat kastam.

Sejurus itu, mangsa dikehendaki untuk membayar wang untuk pelepasan hadiah berkenaan.

Biasanya, penipu akan bermula dengan mengutus mesej dengan kata-kata yang mengujakan dalam bahasa Inggeris kepada pemegang akaun Facebook yang disasarkan,”  Kata Saiful.

Setelah lama-kelamaan berkomunikasi, penggunaan bahasa Inggeris penipu semakin teruk dan penuh dengan kesilpan tatabahasa.

Jika ada mesej menawarkan hadiah di dalam Facebook anda, lebih baik jangan dilayan atau padamkan terus suis komputer,” katanya.

Beliau menambah bahawa ia hanya merugikan apabila mereka (mangsa) sudah tertipu baharu mereka mahu bertindak untuk membuat laporan polis.

Advertisement