Anda di sini

Media sosial pendorong berlakunya insiden buli

Advertisement

Perkembangan media sosial yang memaparkan kes buli menyebabkan proses ini berlaku dengan cepat

 Ella bercakap semasa Kongres IASP Sedunia Ke-29 dan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) Ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching kelmarin.
SERIUS: Ella bercakap semasa Kongres IASP Sedunia Ke-29 dan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) Ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching kelmarin.

KUCHING: Media sosial dikenal pasti sebagai pendorong berlakunya insiden buli dalam kalangan remaja, tidak hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Perkara itu dinyatakan Presiden Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (IASP) Profesor Ella Arensmen semasa Kongres IASP Sedunia Ke-29 dan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) Ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.

Apabila kita bercakap mengenai buli, kita perlu memberi tumpuan kepada media sosial iaitu buli siber dan golongan remaja tidak terkecuali.

Namun tidak boleh dilupa juga sebelum adanya media sosial, dunia sudah berdepan dengan buli ber-semuka atau buli tradisional,” katanya.

Bagaimanapun tegas-nya, hasil kajian mendapati perkembangan media sosial sejak kebelakangan ini yang memaparkan kes buli menyebabkan proses itu berlaku dengan cepat.

Ini kerana pihak yang membuli meniru aksi buli yang dimuat naik dalam media sosial dan keinginan ingin mencuba mendorong mereka melakukan perbuatan itu.

Malah katanya, mangsa buli siber lebih sukar didekati serta tiada campur tangan daripada pihak lain kerana ia berlaku tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), malah seluruh negara termasuk Malaysia.

Tambahan media sosial melangkaui batasan sesebuah negara, justeru pencegahan kes buli menerusi media sosial amat memerlukan kerjasama antara negara, pihak keadilan dan hak asasi manusia,” tegasnya.

Menurut Ella lagi, mangsa buli cenderung mengambil tindakan membunuh diri jika mereka tidak mendapat sokongan daripada orang terdekat seperti keluarga dan rakan.

Buli boleh mendorong mangsa mengambil tindakan bunuh diri kerana impak buli kepada mangsa boleh menyebabkan dia murung, tertekan dan terganggu.

Lama-kelamaan apabila tiada sokongan daripada keluarga khasnya, mangsa buli cenderung atau nekad membunuh diri. Hanya itu opsyen yang mereka ada,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement