Anda di sini

Dua wanita parah nahas jalan raya di Marina Bay

Advertisement
 Keadaan salah seorang mangsa cedera dalam kemalangan tersebut.
PARAH: Keadaan salah seorang mangsa cedera dalam kemalangan tersebut.

MIRI: Dua wanita cedera parah selepas kereta pacuan empat roda ditumpangi kedua-duanya terlibat dalam kemalangan kendiri dalam satu kejadian di Jalan Marina Bay di sini  petang kelmarin.

Sebelum itu, dipercayai terdapat empat wanita menjadi penumpang dan seorang lelaki memandu kenderaan tersebut.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.07 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbalik di bahu jalan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan Hospital Miri berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang terlibat.

Kedua-dua mangsa cedera diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Advertisement