Anda di sini

Dua kebakaran selang 23 minit di dua lokasi berbeza

Advertisement
 Keadaan rumah berstruktur separuh kekal yang hangus di penempatan Sungai Plan.
MUSNAH: Keadaan rumah berstruktur separuh kekal yang hangus di penempatan Sungai Plan.

BINTULU: Tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Bintulu dan Samalaju berjaya menyelamatkan nyawa penghuni dua kediaman dalam dua kejadian kebakaran di dua lokasi berbeza meskipun kedua-duanya kejadian berlaku selang 23 minit di sini petang kelmarin.

Kejadian pertama berlaku pada jam 5.25 petang membabitkan sebuah hotel jenis pangsapuri di Tanjung Batu yang terbakar 70 peratus, manakala kejadian kedua sekitar 5.48 petang melibatkan sebuah rumah sewa 10 bilik separuh kekal di Sungai Plan Jalan Kidurong yang telah hangus 95 peratus.

Ketua BBP Bintulu Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel yang mengetuai operasi itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran bilik hotel pangsapuri dan bergegas bersama empat anggota diketuai PBK II Steven Plen, satu jentera FRT dan EMRS di samping  bantuan daripada lima anggota BBP Samalaju dan sebuah jentera FRT.

Kebakaran itu membabitkan bilik hotel terletak di tingkat 14 hotel pangsapuri tersebut  yang terbakar 70 peratus dengan anggaran keluasan 12 kaki x 10 kaki,” ujarnya.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan dalam bilik terbabit dengan melalui pemadaman dua alat pemadam api (APA) serta  ‘Dry Riser.’

Kami juga bertindak membuka pintu dan tingkap yang mengeluarkan asap dalam bangunan, mendapatkan maklumat serta membuat pemantauan persekitaran bagi memastikan  semua dalam keadaan selamat,” katanya.

Pegawai kanan bomba turut berada di lokasi ialah PPgB Hambali Mohamad dan Pegawai Operasi Balai Bomba, PBR Muhamad Jusoh.

Manakala kebakaran di lokasi kedua di Sungai Plan, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 5.48 petang dan bergegas dengan kekuatan  11 anggota bersama sebuah jentera FRT, Water Tanker dan kenderaan.

Turut membantu ialah lima anggota BBP Samalaju dan sebuah jentera FRT.

Kebakaran di situ terkawal dan hanya melibatkan sebuah rumah hangus 95 peratus dan rumah terbabit terdiri daripada 10 bilik dijadikan sebagai  rumah sewa,” ujarnya sambil menambah operasi pihaknya tamat sekitar jam 7.30 malam.

Dalam pada itu, anggaran kerugian dan punca kebakaran di dua tempat terbabit masih dalam siasatan.

Advertisement