Anda di sini

44 suspek culik wanita Singapura ditangkap

Advertisement

Dipercayai aktif culik pemain kasino di Filipina sejak beberapa bulan lalu, dua suspek warga Malaysia

 Anggota polis berkawal di sekeliling suspek, majoriti warga China yang ditangkap kerana disyaki menculik seorang wanita Singapura di sebuah kasino, di Ibu Pejabat Polis Negara Filipina di Manila, semalam. — Gambar Reuters
KES CULIK: Anggota polis berkawal di sekeliling suspek, majoriti warga China yang ditangkap kerana disyaki menculik seorang wanita Singapura di sebuah kasino, di Ibu Pejabat Polis Negara Filipina di Manila, semalam. — Gambar Reuters

MANILA: Seramai 44 suspek dari China dan Malaysia telah ditahan di Filipina berhubung penculikan dan serangan ke atas seorang wanita Singapura yang diculik di sebuah kasino di Manila, kata pihak berkuasa semalam.

Polis menjumpai mangsa Wu Yan, 48, di sebuah kondominium Manila pada Selasa lepas, sehari selepas dia diculik oleh dua anggota geng tersebut dari Malaysia, Setiausaha Rendah Keadilan Erickson Balmes menyebut dalam satu kenyataan.

Dia ditahan, dinafikan hak kebebasan dan dipukul dan diugut oleh penculiknya yang menuntut AS$180,000 (RM810,000) untuk membebaskannya,” tambah Bal-mes.

Dua warga Malaysia, selain 42 suspek dari China, ditang-kap selepas mangsa dise-lamatkan dan akan didakwa atas tuduhan menculik, kata polis.

Kumpulan itu dipercayai bertanggungjawab bagi beberapa insiden penculikan yang dilakukan ke atas warga asing yang merupakan pemain kasino dengan taruhan tinggi sejak beberapa bulan lalu,” kata Balmes.

Beliau tidak memberi maklumat tentang penculikan lain yang dilaporkan atau apa yang telah berlaku kepada mangsa.

Filipina sejak beberapa tahun lalu telah menarik pemain kasino asing dalam usaha untuk membangunkan industri perjudian, dengan matlamat menandingi Las Vegas dan Macau.

Bagaimanapun penculikan yang dilaporkan, dan kebakaran sebuah kasino lain di Manila yang dipercayai akibat perbuatan khianat dan mengorbankan 37 nyawa pada bulan lepas, telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan.

Abelardo Borromeo, juru-cakap bagi kumpulan antipenculikan dalam pasukan polis Filipina, berkata anggota geng terbabit juga dipercayai sebahagian daripada sindiket pemberi pinjaman haram di sebuah kawasan bergemerlapan yang menempatkan kasino mega di depan Teluk Manila.

Mangsa sedang bermain daun terup di salah sebuah kasino di sana apabila dua suspek dari Malaysia “berkenalan” dengannya dan mempelawanya untuk bermain di kasino lain dalam kawasan yang sama, kata Borromeo.

Namun suspek sebalik-nya membawanya ke kondominium berkenaan dan menuntut wang tebusan, tambahnya.

Semalam ketua polis negara Jeneral Ronald Dela Rosa berjanji untuk membanteras penculikan ketika beliau mempamerkan suspek yang ditahan di hadapan kamera televisyen.

Anda bebas untuk datang, seronok berjudi, tetapi anda tidak bebas untuk melakukan jenayah apabila anda berada di sini di Filipina,” katanya kepada suspek. — AFP

Advertisement