Anda di sini

Sidang kukuh kerjasama institusi pengajian tinggi bimp-eaga: yap

Advertisement
 Yap bersama Kamarudin (dua kiri) melihat buku hasil kajian yang dilakukan oleh UMS selepas melancarkan ‘Inaugural BIMP-EAGA Higher Education Summit 2017’  semalam. — Gambar Bernama
TERTARIK: Yap bersama Kamarudin (dua kiri) melihat buku hasil kajian yang dilakukan oleh UMS selepas melancarkan ‘Inaugural BIMP-EAGA Higher Education Summit 2017’ semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi kawasan pertumbuhan ASEANÂ Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang berlangsung semalam, mampu mengukuhkan lagi kerjasama dan rangkaian dalam kalangan institusi pengajian tinggi di rantau ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata sidang kemuncak bertemakan ‘Pendidikan dan Memahami Sosio-Kebudayaan untuk Kemapanan Serantau’ itu akan memperjelaskan tentang penyediaan pendidikan oleh institusi pengajian tinggi dalam usaha membentuk modal insan yang berpengatahuan.

Oleh itu saya barharap sidang kemuncak pendidikan tinggi yang berlangsung selama dua hari ini dapat menjadi platform terbaik untuk negara anggota BIMP-EAGA membincangkan kerjasama dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi BIMP-EAGA 2017 di sini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D. Kamarudin D. Mudin.

Yap berkata sudah tiba masanya untuk membina kekuatan dalam kalangan negara anggota dengan menggunakan pendidikan sebagai panduan untuk kesejahteraan penduduk di rantau BIMP-EAGA.

Pendidikan adalah senjata paling kuat yang boleh digunakan untuk mengubah dunia. Kelestarian wilayah juga bergantung pada jenis pendidikan yang tepat,” katanya.

Sementara itu, D. Kamarudin berkata pihaknya berterima kasih kerana UMS telah dipilih sebagai penganjur bersama sidang kemuncak itu.

Saya berharap pengamal pendidikan dari rantau BIMP-EAGA dapat berbincang dan bertukar pengalaman serta idea dalam sidang kemuncak pendidikan tinggi ini.

Melalui pendidikan, kita dapat mewujudkan pemahaman budaya yang lebih besar, mengurangkan kemiskinan, dan mencapai matlamat sosial dan ekonomi rantau ini. Oleh itu saya berharap melalui sidang kemuncak ini UMS terus berada di landasan yang betul,” katanya. — Bernama

Advertisement