Anda di sini

RWMF 2017 ternyata menakjubkan

Advertisement
PERSEMBAHAN AT ADAU
PERSEMBAHAN AT ADAU

MESKIPUN hujan turun lebat sewaktu malam kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2017 baru-baru ini, pengunjung ternyata tidak mempedulikannya untuk terus berhibur.

Sekitar jam 8.20 malam, hujan gerimis kemudian bertambah lebat namun sama sekali tidak mematahkan semangat mereka yang mahu menikmati kemerduan persembahan muzikal RWMF 2017.

Pembuka tirai persembahan dimulai dengan band tempatan yang kian melonjak namanya di persada seni tempatan dan luar negara At Adau pada jam 7.30 malam.

Gubahan genre fusion dan tradisional memberikan kepuasan kepada penonton untuk memasuki alam parti muzikal.

Selepas 45 minit persembahan At Adau selesai diikuti pula persembahan kegemaran ramai ala Hawaii daripada band O Tahiti E dari Tahiti tepat jam 8.15 malam.

Persembahan yang berkisar tentang pelayaran suku kaum Tahiti yang belayar dari Taiwan ke negaranya begitu menggamit sanubari sesiapa sahaja yang menonton persembahan itu.

Margaret Lai selaku ketua O Tahiti E membuka tirai persembahan mereka dengan menyeru kepada moyang dan memberitahu bahawa kelahiran di dunia datangnya daripada rahim seorang ibu.

Sekitar 15 minit persembahan, hujan hanya rintik-rintik menjadi semakin lebat namum ramai kalangan pengunjung yang sudah menyediakan payung serta baju hujan masing-masing.

Melihat kepada goyangan pinggul dan keayuan penarinya begitu juga penari jejaka yang tampak macho membuatkan pengunjung tegar meredah hujan untuk melihat persembahan kegemaran mereka ini.

Namun tepat jam 9 malam, ada pengunjung mulai beredar kerana hujan terlalu lebat menyebabkan sebilangan pengunjung beredar dari tapak RWMF 2017 mencari tempat berteduh.

Nurul Huda Gaber Abdul Hafez 29, yang datang dari Johor Bahru berkata, beliau baharu pertama kali berpeluang ke RWMF bertemankan suami dan rakan-rakan.

Memang sudah lama mengetahui pasal RWMF ini tetapi kali pertama dapat menjejakkan kaki di sini sebab hanya tahun ini semua kawan-kawan dapat berkumpul,” katanya.

PERSEMBAHAN O TAHITI E
PERSEMBAHAN O TAHITI E

MENAKJUBKAN

Persembahan pertama malam ini oleh band At Adau sangat luar biasa.

Tidak pernah datang dan tidak ada alasan untuk tidak melihatnya di depan mata,” katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Iban Kampung Budaya.

Beliau bersama suami dan rakan-rakan juga menyertai bengkel tarian ‘samba’ dan ‘welsh’.

Di Semenanjung katanya, persembahan festival tidak seperti yang terdapat di sini yang meliputi banyak kebudayaan dan mengumpul ramai pengunjung dari serata dunia.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Perancis Laura Raimondoi, 30, memberitahu muzik yang ditampilkan pada persembahan RWMF 2017 kali ini benar-benar membangkitkan emosi dan begitu menakjubkan.

Kami mencuba sesi tai chi pada sebelah paginya dan mengikuti beberapa bengkel yang diadakan di sini yang memberi banyak pengetahuan dan mendalami sejarah setiap satunya.

Kami baru mengetahui mengenainya ketika berada di sini kerana tujuan kami ke Sarawak adalah sebagai penuntut sarjana dari Perancis yang membuat kajian tentang orang Penan di Ulu Baram selama dua bulan,” jelas Laura.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan setakat ini, kami berharap kaum Penan akan turut berkembang dalam arus pembangunan negara kerana mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu penjana ekonomi.

Justeru itu RWMF sebenarnya banyak membantu ramai orang luar untuk mengenali sejarah, tradisi dan kebudayaan masyarakat tempatan di sini,” tambahnya lantas menceritakan sedikit berkisar kajian yang dijalankannya bersama rakan sekuliah Clemence Petit Velasco, 27.

Pada masa yang sama, Clemence juga berkongsi pengalaman merasai hidangan asli Sarawak seperti ayam pansoh, pucuk ubi kayu dan kek lapis.

Masyarakat tempatan di sini amat peramah dan beliau berharap program sampingan yang menampilkan kugiran yang membuat persembahan boleh dipanjangkan tempoh tinggal di sini seperti mana yang dilakukan di Perancis.

Ini membolehkan kumpulan pemuzik ini membuat lebih banyak persembahan atau menyertai program yang membenarkan interaksi pengunjung asing untuk mengenali mereka, selain membantu dalam menjana pendapatan kepada sektor pelancongan di negeri ini,” ujarnya menambah.

Pengunjung yang dianggarkan lebih 8,000 orang itu turut menyak-sikan persembahan kumpulan pemuzik Radio Cas dari Sepanyol, Hanggai (China), Bas Cissoko (Guinea) dan The Paradise Bangkok Molam International Band (Thailand).

NURUL (DUA KANAN) BERSAMA SUAMI DAN RAKAN-RAKAN
NURUL (DUA KANAN) BERSAMA SUAMI DAN RAKAN-RAKAN
UPACARA UCAP SELAMAT BIDAYUH DAN ORANG ULU MENUTUP PERSEMBAHAN AT ADAU
UPACARA UCAP SELAMAT BIDAYUH DAN ORANG ULU MENUTUP PERSEMBAHAN AT ADAU
  • oleh
  • Advertisement