Anda di sini

RWMF 2017 gamit seribu perasaan dan memori indah

Advertisement
 Finale RWMF 2017 tetap meriah walaupun pengunjung terpaksa berhujan.
MERIAH: Finale RWMF 2017 tetap meriah walaupun pengunjung terpaksa berhujan.
 Persembahan terakhir daripada Bitori disertai Abavuki membuatkan pentas RWMF 2017 lebih rancak dengan pengunjung turut sama menari.
GEGAR: Persembahan terakhir daripada Bitori disertai Abavuki membuatkan pentas RWMF 2017 lebih rancak dengan pengunjung turut sama menari.

SANTUBONG: Persembahan terakhir Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2017 menggamit seribu perasaan dan memori indah kepada para pengunjung, sukarelawan dan 28 band yang menyertai sejak 14 Julai lepas.

Tahun ini, turut menjadi penanda kepada kemeriahan penganjuran RWMF dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan juga bagi meraikan ulang tahun ke-20 festival itu sejak ia mula diadakan dahulu.

Hujan yang turun tidak sama sekali mematahkan semangat pengunjung untuk datang dan bermain lumpur sepanjang penganjuran RWMF diadakan di sini.

Ketika ditemui, Agustinus Bertolomeus Eko Dony Prayudi, 34, Penyampai Radio Volare FM, Pontianak berkata RWMF tahun ini begitu menarik dan memuatkan aktiviti-aktiviti yang pelbagai serta padat.

Kali ini lebih seronok berbanding tahun sebelumnya. Pengunjung juga lebih banyak pada tahun ini kerana semua orang dapat merasakan ‘hype’ festival itu sendiri walaupun hujan turun pada ketiga-tiga hari persembahan diadakan.

Daripada pengamatan saya hujan yang turun tidak menghentikan niat pengunjung untuk menari walaupun kotor berbalut lumpur... mereka masih seronok menari untuk lagu-lagu yang dimainkan di dalam persembahan itu,” katanya setelah selesai menyaksikan persembahan malam terakhir RWMF 2017 di tapak Pentas Rainforest Jungle Kampung Budaya lewat malam Sabtu yang lepas.

Beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk melihat setiap satu persembahan band daripada 28 buah negara yag berbeza di dunia kerana juga sempat menyertai rombongan media lain ke kawasan ‘Perjalanan Warisan’ di dalam Bandaraya pada 15 Julai lalu.

Dony meihat tenaga positif hadir bukan sahaja daripada band tetapi juga orang ramai yang datang menyertai.

Band kegemaran beliau adalah O Tahiti E dari Kepulauan (Perancis- Polenisia) yang menampilkan penari yang menawan dan seksi.

Katanya, kumpulan tersebut berupaya mengajak audien untuk turut sama menari  begitu juga Abavuki dari Afrika Selatan yang mana anggota kumpulan itu setiap satunya sungguh bertenaga untuk menari, menyanyi dan bermain muzik pada satu-satu masa.

Beliau tidak dapat menafikan kumpulan band dari salah satu kepulauan milik kerajaan Indonesia, Svara Samsara tampil menarik dengan gubahan lagu tradisional yang diberikan nafas baru dengan muzik moden.

Svara Samsara juga hebat kerana menggabungkan banyak lagu daripada kepulauan-kepulauan Indonesia seperti dari Pulau Jawa, Minang, Bali dan Sundar.

Saya pasti akan datang lagi untuk berjumpa semula rakan dari tempat-tempat yang lain... tetapi dengan harapan agar tahun depan muziknya semua rancak-rancak agar semua orang akan menari terus sepanjang malam,” tambahnya.

Beliau juga berharap agar lebih banyak ruangan tempat membeli makanan yang pelbagai serta kraftangan daripada negara band yang terlibat di dalam persembahan RWMF untuk tahun hadapan.

Sebelum persembahan finale tepat jam 11.40 malam band 1511 O Maliao Maliao Dance Troupe (Malaysia), Sekolah Seni Malaysia Sarawak (Sarawak), Calan (Wales), Cimarron (Columbia) dan Bitori (Cape Verde) dengan penampilan istimewa Abavuki dari Afrika Selatan.

Pesta menari tidak tamat sehingga tengah malam tetapi dipanjangkan sehingga ke jam 5 pagi di tempat yang berlainan dengan beberapa kumpulan band yang masih mahu meluangkan masa bagi beramah-mesra bersama orang ramai.

 Penunjung mengambil gambar para band kegemaran mereka di RWMF 2017 pada malam persembahan terakhir.
MEMORI: Penunjung mengambil gambar para band kegemaran mereka di RWMF 2017 pada malam persembahan terakhir.
__alt__