Anda di sini

Jom sertai Sepak Takraw Piala Ahli Parlimen Sibuti

Advertisement

MIRI: Pasukan sepak takraw tempatan dipelawa menyertai Pertandingan Sepak Takraw Piala Ahli Parlimen Sibuti dijadualkan bermula 29 Julai hingga 20 Ogos.

 Jurucakap pertandingan, Abdul Hamid Sulaiman berkata antara dipertandingkan ialah regu belia (20 tahun ke bawah), regu terbuka dan regu veteran.

 Kategori pertandingan ialah secara berpasukan dan regu veteran (berumur 45 tahun ke atas) dan wajib berdaftar dengan kategori berpasukan.

 Yuran penyertaan sebanyak RM500 bagi satu pasukan sementara untuk kategori veteran iaitu penyertaan mereka adalah percuma.

 Juara, naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM3,000, RM1,500 dan RM1,000 berserta piala dan medal.

 Empat pasukan layak ke suku akhir turut menerima RM300, medal dan piala sementara pemain terbaik menerima piala dan wang tunai.

 Borang penyertaan boleh didapati dengan menghubungi Abdul Hamid Sulaiman di talian 017- 8302291 atau Azami Bakar (016-8757862) atau Wan Azry (014-48877071).

Advertisement