Anda di sini

Persediaan awal berkesan tangani banjir kilat di empat kampung

Advertisement
 Sapawi melihat keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Sipitang.
TINJAU: Sapawi melihat keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Sipitang.

SIPITANG: Persediaan awal yang dibuat membolehkan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah menangani banjir kilat dengan lebih baik.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad melahirkan rasa puas hati dengan tindakan yang diambil oleh jawatankuasa itu dalam menangani banjir kilat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Sipitang pada Isnin.

Katanya, persiapan jentera bencana daerah itu yang dapat menyediakan kemudahan yang selesa dan teratur berbanding sebelum ini.

Bantuan dari semasa ke semasa yang difikirkan perlu bagi membantu meringankan kesusahan mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pembangunan merangkap Jawatankuasa Bantuam Bencana Daerah Sipitang Matlin Dullah mengesahkan empat kampung dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang turun sejak malam Sabtu.

Keempat-empat kampung terbabit ialah Mesapol Lama, Kalamauh, Tunggal Tinggi dan Lalang,” katanya.

Katanya, ekoran kejadian itu, satu pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Serbaguna Sipitang yang menempatkan 127 orang melibatkan 46 keluarga yang terjejas banjir.

Advertisement