Anda di sini

Kempen ‘Go Bald’ mendapat sambutan baik

Advertisement
 Wong (berdiri, lima kanan) ditemani ibunya (berdiri, enam kiri) dan suaminya Ling Sing Kyu                      (berdiri, tiga kanan) bergambar bersama rakan-rakan pada kempen ‘Go Bald’ di Sibu baru-baru ini.
AKTIVITI AMAL: Wong (berdiri, lima kanan) ditemani ibunya (berdiri, enam kiri) dan suaminya Ling Sing Kyu (berdiri, tiga kanan) bergambar bersama rakan-rakan pada kempen ‘Go Bald’ di Sibu baru-baru ini.
 Wong peserta wanita pertama membotakkan kepala sebagai sokongan kepada kempen ‘Go Bald’ di Sibu.
BERSEMANGAT: Wong peserta wanita pertama membotakkan kepala sebagai sokongan kepada kempen ‘Go Bald’ di Sibu.

GO BALD’ acara amal tahunan bagi mengumpul dana yang dijalankan Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS) mendapat sambutan baik orang ramai di Sibu.

Ia berjaya mengutip sejumlah RM228,237.30 dengan penyertaan seramai 222 orang termasuk seorang peserta termuda berusia setahun.

Program itu turut menyaksikan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Andrew Wong menjadi antara peserta terawal membotakkan kepala Ahad lalu.

Orang ramai hadir pada acara tersebut turut memberi tepukan sokongan kepada Kaunselor Wong Hie Ping, peserta wanita pertama membotakkan kepala.

Wong yang juga pengerusi jawatankuasa acara Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017 mendapat sokongan ibu, Sia Siik Huong dan suami, Ling Sing Kyu turut berada di lokasi penganjuran.

Ketika ditemui, Wong melahirkan rasa gembira dapat menyokong acara amal cukup bermakna untuk membantu SCCS bagi mengumpul dana membantu kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser.

Membotakkan kepala kempen ‘Go Bald’ menunjukkan sokongan padu khususnya kepada kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser,” jelasnya sambil memberitahu keputusanya mendapat sokongan ahli keluarga.

Sibu menjadi lokasi kedua penganjuran ‘Go Bald’ kini memasuki tahun kesembilan. Acara diteruskan di Permaisuri Imperial City Mall, Kuching pada 23 Julai dan Parkcity Mall, Bintulu pada 30 Julai.

Majlis perasmian acara disempurnakan oleh Penasihat SCCS, Datuk Lorna Enan Muloon.

Menerusi ucapannya, pengerusi penganjur, Jocelyn Hee berterima kasih kepada orang ramai atas kesudian memberi sokongan kepada kempen amal tahunan SCCS.

Tindakan anda membotakkan kepala adalah cukup bermakna. Sumbangan dikutip menerusi kempen ini masih satu perjalanan jauh kepada kami terus memberi sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser.

Setiap tahun lebih 100 keluarga pesakit kanser disokong oleh SCCS dan kami berbangga memberi perkhidmatan kepada lebih 1,000 keluarga sejak mula ditubuhkan,” katanya.

SCCS berterima kasih kepada penaja kempen ‘Go Bald’ 2017, penaja utama Kenbest, kedai gunting rasmi Alex Hair Salon dan V-Hair Image Studio, penaja penyelaras Hotel Tanahmas, Wowsome, Snail Photography, Aaron Soon Photography, The Wildcat Photography, Yokit Studio, Snail Advertising dan penaja venue Delta Mall.

Untuk maklumat lanjut mengenai SCCS sila hubungi SCCS di talian 082-686276 atau e-mel ke [email protected] atau melayari laman web rasmi Go Bald www.gobald.my dan Facebook www.facebook.com/GoBald.

Sejak ditubuhkan pada 1999, SCCS menyokong dan membantu lebih 1,000 kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser menerusi perkhidmatan seperti sokongan emosi, rumah trasit di Kuching dan Miri kepada keluarga pesakit luar menerima rawatan di hospital kerajaan dan bantuan kewangan.

 (Dari kiri) Lorna, Wong dan Andrew merakam gambar kenangan sebelum memulakan acara ‘Go Bald’.
KENANGAN: (Dari kiri) Lorna, Wong dan Andrew merakam gambar kenangan sebelum memulakan acara ‘Go Bald’.
  • oleh
  • Advertisement