Anda di sini

Bangunan CMT bakal dinaik taraf bermotifkan kekayaan budaya tawau

Advertisement
 Alijus beramah mesra dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali yang turut hadir pada majlis rumah terbukanya.
ZIARAH: Alijus beramah mesra dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali yang turut hadir pada majlis rumah terbukanya.

TAWAU: Bangunan Central Market Tawau (CMT) bakal dinaik taraf dan dihiasi dengan motif ciri-ciri kekayaan budaya yang ada di daerah ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu untuk tarikan pelancongan di Sabah.

Presiden Perbandaran Tawau Alijus Sipil berkata inisiatif itu mengambil kira kebakaran pada Jumaat, yang memusnahkan separuh struktur CMT atau lebih popular sebagai Pasar Gantung.

Kita akan bangunkan semula CMT namun akan mengekalkan ciri-ciri asalnya sebagai pusat tarikan utama yang menerima kunjungan masyarakat dari luar daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aildifitri yang diadakan di kediaman rasminya di sini pada Sabtu.

Menurut Alijius, MPT kini dalam proses mengenalpasti alternatif yang ada untuk membolehkan matlamat itu direalisasikan, mengikut syor pemimpin-pemimpin di daerah ini.

Kita akan perincikan segala aspek misalnya dari segi kos yang diperlukan, dan kemungkinan besar kita akan bina semula di tapak yang sama,” katanya.

Berhubung kerisauan masyarakat terhadap kemungkinan identiti CMT akan hilang, beliau berkata MPT memberikan jaminan yang bangunan itu akan dibangunkan semula dengan keadaan yang lebih baik.

Katanya, dua lokasi alternatif juga sudah dikenalpasti untuk menempatkan para peniaga yang terjejas dalam kebakaran bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan masing-masing.

Kita akan menempatkan 21 gerai perhiasan di tapak parkir hadapan Pasar raya Servay/Parkwell, dan 56 gerai kain/baju pula di hadapan Hotel Marco Polo,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada pemilik tanah untuk mendapatkan kebenaran secepat mungkin sebelum dilaksanakan.

Menyentuh nasib 84 peniaga yang tidak terjejas, Alijus berkata kebenaran akan diberikan untuk mereka beroperasi semula selepas MPT selesai menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem pendawaian di bangunan terbabit.

Advertisement