Anda di sini

Rakyat Venezuela tolak rombakan perlembagaan

Advertisement

Hampir 7.2j keluar mengundi bagi menyuarakan pendirian menolak pemerintahan berterusan Maduro

 Borges (tengah) bercakap susulan pungutan suara anjuran pembangkang bagi mengukur sokongan awam terhadap pelan rombakan perlembagaan Maduro di Caracas, semalam. — Gambar AFP
TERIMA KASIH: Borges (tengah) bercakap susulan pungutan suara anjuran pembangkang bagi mengukur sokongan awam terhadap pelan rombakan perlembagaan Maduro di Caracas, semalam. — Gambar AFP

CARACAS: Pihak pembangkang di Venezuela memuji ‘pungutan suara rakyat’ yang tidak rasmi yang diadakan kelmarin sebagai tamparan buat Presiden Nicolas Maduro dan rancangannya untuk menulis semula perlembagaan, walaupun keganasan teruk berkesudahan dengan satu serangan maut terhadap pengundi di Caracas.

Hampir 7.2 juta rakyat Venezuela mengundi dalam pilihan raya simbolik terhadap Maduro, penjamin universiti menyatakan dengan 95 peratus kertas undi telah dikira.

Rakyat Venezuela memberikan satu mesej yang jelas kepada eksekutif negara dan dunia,” umum presiden Universiti Pusat Venezuela Cecilia Garcia Arocha, menyatakan bahawa 6,492,381 orang telah mengundi di negara ini dan 693,789 lagi di luar negara.

Garcia menyatakan keputusan akhir akan dikeluarkan semalam.

Kami tidak ingin menjadi seperti Cuba, kami tidak ingin menjadi sebuah negara tanpa kebebasan,” menurut Julio Borges, ketua Parlimen yang dikawal oleh pihak pembangkang.

Pada hari ini, Venezuela menyatakan ya kepada sebuah negara yang dimuliakan, sebuah negara demokrasi, sebuah negara di mana rakyat tidak perlu pergi kerana mereka tidak mempunyai masa depan.

Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita adalah jelas.”

Seorang wanita berusia 61 tahun terbunuh dan tiga orang lagi tercedera ketika penyerang bersenjata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berbaris untuk mengundi di Catia, kawasan kejiranan kelas buruh di ibu negara, menurut pihak pendakwa raya.

Kematian itu telah membawa kepada 96 orang bagi jumlah mereka yang terbunuh dalam bantahan selama hampir empat bulan dan keganasan politik di jalanan Venezuela.

Pihak pembangkang telah mempersalahkan serangan terhadap kumpulan separa tentera dikaitkan dengan kerajaan.

Soalan utama sebelum para pengundi berasa bimbang dengan niat Maduro untuk mengadakan satu pilihan raya pada 30 Julai bagi memilih 545 orang anggota dari sebuah badan rakyat dikenali sebagai “Constituent Assembly” yang akan membentuk semula perlembagaan.

Satu peringkat awal bagi pilihan raya tersebut turut dilakukan kelmarin, bagi menarik dari undi pembangkang yang dianggap oleh kerajaan sebagai tidak sah.

Maduro memberitahu pihak pembangkang agar tidak bersikap marah dengan keputusan undinya, walaupun ketua suruhanjaya pilihan raya negara memberitahu pihak pembangkang bahawa keputusan dianggap tidak mempunyai kesan perundangan.

Sementara itu, Menteri Luar Venezuela Samuel Moncada menyatakan dalam televisyen kerajaan VTV bahawa beliau telah mengumumkan bekas presiden Mexico Vicente Fox sebagai ‘persona non grata’ dan mengharamkan beliau daripada memasuki negara kerana bersubahat menghasut keganasan dan campur tangan luar.

Moncada tidak menunjukkan bukti bagi menyokong kenyataannya.

Fox, yang meninggalkan Venezuela lewat kelmarin, telah berkunjung ke negara itu bersama beberapa bekas pemimpin Amerika Latin bagi menunjukkan sokongan terhadap referendum pembangkang.

Kerajaan Mexico, pengkritik Maduro, menyeru agar keputusan bagi konsultasi pembangkang agar mengetuai dalam satu  solusi yang dirundingkan bagi membantu mengembalikan demokrasi.

Rakyat biasa Venezuela mempersalahkan kekurangan makanan dan ubat-ubatan terhadap polisi Maduro, bagaimanapun, telah merampas undi sebagai satu cara untuk menyatakan kepada presiden agar beliau meletakkan jawatan.

Rakyat berkumpul di jalanan Caracas selepas pengundian sambil menjerit “kerajaan ini sedang jatuh” ketika pengguna kenderaan membunyikan hon mereka dalam bentuk sambutan.

Semasa pengundian, seorang pengundi, Tibisay Mendez, 49, memberitahu bahawa Maduro dan pegawainya hanya ingin terus memegang kuasa,

Kami sedang mengundi untuk menghalau mereka.”

Ramai yang berpakaian putih dan warna pada bendera negara ketika membuang undi mereka.

Penyokong kerajaan dan pekerja awam yang khuatir dipecat tidak keluar mengundi, sekali gus memberikan penolakan sepenuhnya terhadap Dewan Perlembagaan cadangan Maduro. — AFP

Advertisement